Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib...

KUALA LUMPUR : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, hari ini, mengesahkan...

Dokumentari Perjalanan Hidup Tun...

PUTRAJAYA - Liku-liku 79 tahun perjalanan hidup Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad...

Misteri Plak Peringati Saddam...

SEBUAH plak tembaga memperingati diktator Iraq, Presiden Saddam Hussein muncul secara tiba-tiba di...

Mayat Mereput Tanpa Identiti...

KUALA LUMPUR - Polis menemui satu mayat yang disimen dan mereput di lantai...

PRK Cameron Highlands: PH Dijangka Hilang Sokongan

GUA MUSANG – Pakatan Harapan (PH) dijangka hilang sokongan melalui undi rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang akan berlangsung pada 26 Januari ini.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, hal ini kerana rakyat sudah hilang kepercayaan apabila beberapa janji yang dibuat PH sebelum ini masih tidak berjaya ditunaikan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, sokongan akar umbi dan kepercayaan masyarakat Orang Asli terhadap calon Orang Asli tempatan, Ramli Mohd. Noor juga boleh menyumbang kemenangan Barisan Nasional (BN) dan mengurangkan majoriti calon PH, M. Manogaran.

“Susah nak kata, kerana saya bukan ahli nujum. Kalau tengok kepada trend semasa keadaan akan berubah.

“Sama ada kerajaan sekarang ini jatuh. Wallahualam, tetapi kita yakin terjejas kedudukannya di Cameron Highlands. Dia (PH) mungkin kalah dan mungkin tak kalah, tetapi undi akan merosot,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis perjumpaan dengan Ahli UMNO Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Asap dalam program ‘Seperdu’ di Sungai Asap di sini, petang semalam.

Dalam program berkenaan Tengku Razaleigh turut melawat ahli veteran UMNO di Sungai Asap.


Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim, ADUN Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff dan ADUN Paloh, Amran Ariffin.

Tambah Tengku Razaleigh, pelbagai janji yang dibuat PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 masih lagi banyak yang tidak tertunai menyebabkan rakyat di negara ini semakin gelisah.

“Jadi orang sudah tak percaya pada kerajaan. Macam di Cameron Highlands juga, macam-macam dia janji, tapi saya rasa orang dah tak percaya,” katanya.

PRK ini adalah yang kelima selepas PRU14 dengan tiga pilihan raya sebelum ini melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong di Selangor dan pilihan raya Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan. – K! ONLINE

Kategori