Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Aksi Cium Mulut Johan...

BAGI yang berkesempatan menyaksikan Anugerah Bintang Popular 2014 (ABP 2014) pastinya anda perasan...

Sultan Nazrin Solat Jumaat...

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat...

UMK Nafi Ahli Akademik...

KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini menafikan berlaku plagiat dalam...

Skuad Polo Azam Ulangi...

KUALA LUMPUR - Pasukan polo Malaysia berazam untuk mengulangi kejayaan memenangi pingat emas...

PRK DUN Semenyih: UMNO Disaran Tampilkan Calon Muda

UMNO disaran supaya menampilkan calon muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang mampu membawa era perubahan di kawasan itu pada masa depan.

Perkara itu disuarakan Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Datuk Norazley Yahya yang mencaknakan bahawa pengundi di kawasan itu kali ini mahukan calon yang lebih memahami denyut nadi rakyat dan mengenali keinginan masyarakat di situ.

“Ketua pembangkang Selangor merangkap ketua pemuda negeri (Rizam Ismail) ada membangkitkan suara orang muda yang mahukan calon muda ditampilkan pada PRK itu demi membawa perubahan pada DUN berkenaan.

“Ini adalah realiti pengundi yang perlu kita beri perhatian kerana merekalah penentu (dalam memilih wakil rakyat) bagi memberi semak dan imbang dalam DUN Selangor,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, Rizam dilaporkan berkata UMNO perlu menampilkan muka muda baharu pada PRK DUN Semenyih memandangkan majoriti pengundi kawasan itu terdiri daripada golongan muda dan parti itu harus bersedia awal bagi melahirkan pemimpin berkualiti pada masa depan.

PRK DUN Semenyih bakal diadakan berikutan kematian mengejut penyandangnya Bakhtiar Mohd Nor kerana serangan jantung pada Jumaat lepas dan PRK itu adalah yang keenam diadakan di negara ini serta keempat di Selangor sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei tahun lalu.


Pada PRU14, Bakhtiar mengetepikan penyandang kerusi DUN Semenyih daripada BN, Datuk Johan Abdul Aziz serta dua calon lagi iaitu Mad Shahmiour Mad Kosim (PAS) dan S Arutchelvan mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Bakhtiar menewaskan Johan yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, yang menjadi wakil rakyat di kerusi itu selama dua penggal dengan majoriti 8,964 undi selepas memperoleh 23,428 undi. – BERNAMA

Kategori