Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Pengarah Urusan FTC...

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Urusan Felcra Training & Consultancy Sdn. Bhd. (FTC)...

‘Babun’ Lari Keluar Kandang...

BALIK PULAU - Tarmizi Yaakob juga dikenali sebagai ‘Babun’ yang didakwa membunuh dan...

Laos Mohon Dataran Kendi...

VIENTIANE - Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos telah mengadakan mesyuarat kebangsaan di...

Soal Lanjutan Moratorium Belum...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini bahawa lanjutan moratorium selepas tamat...

Rafizi Akui Sudah Kembali Baca Utusan Malaysia

“SAYA tidak malu mengaku sudah mula baca kembali Utusan Malaysia sekali sekala. Begitu juga dengan media lain seperti Berita Harian, yang sebelum ini saya tinggalkan selama berdekad.”

Itu pengakuan secara terbuka Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengenai perubahan yang berlaku dalam media arus perdana di negara ini malahan menurut beliau, mutu penulisan dan objektiviti laporan media juga semakin baik.

“Mungkin kerana mereka (media utama tempatan) perlu bersaing di pasaran, mungkin kerana pengamal media mula meraikan kebebasan yang diperoleh sekarang,” jelas beliau membayangkan beberapa faktor kemungkinan.

Untuk rekod, Utusan Malaysia terbitan Kumpulan Utusan sejak 1967 merupakan kesinambungan akhbar bertulisan jawi, Utusan Melayu yang pernah dikeluarkan oleh syarikat itu di Singapura pada 1939 sebelum ditutup kemudian.

Syarikat penerbitan ternama yang turut dimiliki kepentingan sahamnya oleh proksi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri, bakal merayakan ulang tahun penubuhannya ke-80 di ibu negara pada 29 Mei depan.

Malahan Mahathir ketika berucap merasmikan kilang cetak induk akhbar itu di Bangi, Selangor pada 1998 pernah mengakui secara terbuka bahawa beliau seumur hidupnya hanya baca Utusan Malaysia selain New Straits Times.

“Ruang media yang semakin baik dan bebas ini adalah satu pencapaian besar untuk rakyat Malaysia, walaupun kesannya tidak dirasai serta merta,” kata Rafizi dalam kenyataan menerusi akaun sosial Facebook beliau hari ini.


Jelas beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan, media yang bebas akan dapat membongkar penipuan menteri, melaporkan penganiayaan, menyiasat skandal dan lain-lain tanpa perlu berasa bimbang ditekan pihak tertentu.

Menurut Rafizi, apabila terjun ke gelanggang Reformasi pada tahun 1998 dahulu, memang terdapat tiga perkara yang difikirkan menjadi matlamat utama dan perlu dicapai demi menjamin proses keadilan berterusan di negara.

Antaranya ujar beliau termasuk mewujudkan media yang adil, benar dan beramanah supaya rakyat dapat maklumat yang tepat dan telus, seterusnya dapat membuat keputusan yang baik untuk diri mereka sendiri dan juga keluarga.

“Dalam diam-diam, bagi saya, matlamat mewujudkan media yang adil, benar dan beramanah adalah yang paling mudah untuk dicapai dan paling baik prestasinya setakat ini,” kata Rafizi lagi. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori