Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Sambutan Maulidur Rasul 1439...

KUALA LUMPUR - Sambutan Maulidur Rasul 1439H hari ini seperti lazimnya dimeriahkan dengan...

Sambut Dalam Suasana Satu...

SANDAKAN - Sambutan perayaan Tahun Baharu Cina di negeri ini disambut dalam suasana...

Heboh Di Indonesia Iklan...

MASIH ingat lagikah anda kisah viral seorang wanita bernama Wina di Yogyakarta, Indonesia...

Menteri Luar ASEAN Mulakan...

KUALA LUMPUR - Menteri-menteri Luar ASEAN memulakan mesyuarat peringkat tinggi pagi ini bagi...

Raja Tuna Beli Ikan AS$3.1 Juta

TOKYO – Seorang pemilik restoran sushi mencipta rekod baharu semalam dengan membayar lebih AS$3 juta (RM12.36 juta) untuk seekor ikan tuna sirip biru pada acara lelongan pertama di pasar ikan baharu Tokyo.

Kiyoshi Kimura, pemilik rangkaian restoran Sushizanmai, membayar 333.6 juta yen (AS$3.1 juta) untuk ikan seberat 278 kilogram yang ditangkap nelayan di kawasan perairan wilayah Aomori, Jepun.

Harga yang dibayar oleh Kimura itu sekali gus meme­cahkan rekod semasa pembelian ikan tuna oleh beliau pada tahun 2013 iaitu sebanyak 155 juta yen (RM5.97 juta) untuk ikan sama.

“Tuna ini kelihatan sangat lazat dan amat segar tetapi saya tidak berfikir panjang,” katanya kepada sekumpulan wartawan di luar pasar berkenaan.

“Saya menjangkakan ia boleh cecah harga antara 30 juta (RM1.1 juta) dan 50 juta yen (RM1.9 juta) atau paling tinggi 60 juta yen (RM2.3 juta), tetapi ia berakhir dengan harga lebih lima kali ganda.”

Selepas proses bidaan, ikan tuna itu dibawa ke salah sebuah cawangan restoran Sushizanmai di pasar ikan lama Tsukiji.

Acara semalam merupakan lelongan pertama bagi tahun 2019 di pasar Toyosu.


Pasar Toyosu dibuka bagi menggantikan pasar Tsukiji di Tokyo yang ditutup pada tahun lalu untuk menyediakan ruang tempat letak kenderaan sementara bagi acara Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Kimura merupakan peme­gang rekod bayaran harga tinggi bagi seekor ikan tuna bagi tempoh enam tahun berturut-turut hingga 2017.

Tahun lalu, seorang lagi pemilik rantaian restoran ikan di Tok­yo membayar harga tinggi bagi seekor tuna. – Reuters

Kategori