Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jepun Punyai Rakyat Paling...

SATU lagi cerita menarik mengenai negara matahari terbit yang ingin kami kongsikan lagi.Di...

168 Kes Baharu VOC...

KUALA LUMPUR : Sebanyak 168 kes baharu COVID-19 dikesan membabitkan varian membimbangkan (VOC)...

‘Perbicaraan Adil Untuk Najib,...

Umno mesti kekal bertindak sebagai pendorong, semak dan imbang kepada kerajaan semasa tanpa...

Jokowi Kutuk Serangan Pengganas...

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo mengutuk sekeras-kerasnya insiden letupan bom yang berlaku di enam...

Rakyat Kelantan Hormati Keputusan Sultan Muhammad V

KOTA BHARU – Peletakan jawatan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 semalam mengejutkan rakyat negeri ini.

Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN), Datuk A. Aziz Deraman berkata, keputusan itu sudah pasti menimbulkan tanda tanya kerana semua sedia maklum akan keperibadian sultan yang berjiwa rakyat itu.

“Namun sebagai rakyat kita terima keputusan yang dibuat itu dengan hati terbuka kerana sudah tentu keputusan itu dibuat dengan kebijaksanaan baginda yang telah mengambil kira semua perkara,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

A. Aziz menegaskan, apa yang lebih penting ketika ini adalah institusi beraja perlu sentiasa diperkukuh dan dihormati oleh semua rakyat kerana ia lambang kedaulatan negara.

Rakyat perlu tahu dan sedar akan kepentingan institusi beraja termasuk kedudukan Agong dalam tampuk pemerintahan negara, tegasnya. – BERNAMA

Kategori