Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dr. Zakir Bersarapan Dengan...

PUTRAJAYA - Pendakwah Islam terkemuka dari India, Dr. Zakir Naik mengadakan pertemuan dengan...

Perancis Cadang Israel Dikenakan...

PARIS: Menteri Luar Perancis, Stephane Sejourne menegaskan tekanan dan kemungkinan sekatan, mesti dikenakan...

Ugut Bunuh Isteri, Penyelia...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mengugut untuk membunuh isterinya, seorang penyelia kilang besi didenda...

Kabel Yang Mengubah Peranti...

Power bank ialah aksesori yang semakin popular dan perlu dimiliki oleh pemilik peranti...

Rakyat Malaysia Maut Dihentak Tukul Di New York

DUA lelaki termasuk seorang rakyat Malaysia meninggal dunia manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal susulan kejadian serangan di New York.

NBC New York melaporkan, Arthur Martunovich, 34, menyerang tiga lelaki Asia menggunakan tukul di restoran Seaport Buffet di Brooklyn, New York pada Selasa (15 Januari).

Menurut laporan itu, serangan menyebabkan chef, Fufai Pun, 34, meninggal dunia manakala pemilik restoran berusia 60 tahun dan pengurus berusia 50 tahun cedera parah.

Menurut NBC New York lagi, mangsa yang juga pemilik restoran meninggal tiga hari selepas kejadian di Hospital Lutheran, Brooklyn akibat kecederaan yang dialami.

Pegawai di Wisma Putra mengesahkan mangsa yang berusia 60 tahun dikenali sebagai Ng Thang Kheong merupakan rakyat Malaysia.

Thang Keong yang berasal dari Johor dilaporkan mengalami trauma otak.

Dalam pada itu, mangsa yang berusia 50 tahun masih lagi berada dalam keadaan kritikal.


Menerusi laporan sama, Martunovich dikatakan mensasarkan lelaki Asia dan mendakwa dia mendapat inspirasi daripada filem China yang menunjukkan layanan tidak elok kepada wanita.

Ketua Daerah Brooklyn, Eric Gonzalez bagaimanapun enggan mendedahkan sama ada Martunovich akan menghadapi dakwaan jenayah kebencian.

Tambahnya, Martunovich kini berada di wad psikiatrik untuk penilaian. – The Star

Kategori