Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Usul Kewarganegaraan Kanak-Kanak Dibahaskan...

KUALA LUMPUR – Dewan Negara akan membahaskan usul kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di...

“Saya Dipanggil Sebagai Saksi”...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memberi keterangan...

DUN Perak Kecoh Isu...

IPOH - Sidang DUN Perak, petang ini kecoh dengan pertikaian penggunaan istilah 'kafir'...

6 Suspek Bunuh Gajah...

TAWAU - Polis hari ini menahan enam individu dan merampas 53 kelongsong peluru,...

Remaja Ditemui Lemas Di Pekan

PEKAN – Seorang remaja ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus semasa cuba membantu rakannya yang tergelincir di sungai di Kampung Tanjung Medang Hilir di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Penolong Penguasa Bomba, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata mangsa Mohammad Fariz Mohd Syukur, 16, ditemukan oleh orang awam pada pukul 11.50 pagi.

“Mangsa dipercayai ke sungai itu bersama anggota keluarganya untuk memancing dan menjaring ikan. Mangsa dikatakan cuba membantu rakannya yang tergelincir semasa mengharung sungai.

Rakan mangsa bagaimanapun dilaporkan selamat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wan Samsul Effendi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.20 pagi dan mayat mangsa telah diangkat ke tebing sungai oleh orang awam yang berada di sungai itu.


Mangsa yang berasal dari Perumahan Dato’ Syahbandar di sini, diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Hospital Pekan bagi tujuan bedah siasat. – BERNAMA

Kategori