Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

4 Anggota Sindiket Dadah...

NIBONG TEBAL - Empat termasuk seorang wanita dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah ditahan...

Tambahan Katil Dipohon Untuk...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan telah memohon tambahan 140 katil baharu dalam Rancangan...

Penjawat Awam Wajib Ambil...

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mewajibkan penjawat awam mengambil vaksin dan perlu...

Wanita Islam Saman Polis...

LOS ANGELES - Seorang wanita Islam memfailkan saman terhadap polis di California kerana...

Rooney Buat Hal Lagi, Ditahan Di Lapangan Terbang

WAYNE Rooney ditahan kerana mabuk di khalayak ramai selepas dipercayai mengambil ubat tidur bersama alkohol semasa di dalam pesawat.

Bekas kapten Manchester United itu ditahan di Lapangan Terbang Dulles, Virgina pada 16 Disember lalu selepas pulang dari Arab Saudi.

Rooney, 33, didakwa dan membayar denda sebanyak AS$25 dan AS$91 pada 4 Januari lalu.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Rooney berkata: “Semasa penerbangan itu, Rooney mengambil ubat tidur bersama dengan alkohol dan menyebabkan dia keliru sebaik tiba.

“Dia didekati polis yang menahannya atas pertuduhan kecil.

“Dia didenda dan dibebaskan serta merta di lapangan terbang. Kes itu kini ditutup,” katanya.

Rooney yang beraksi bersama DC United, sebuah kelab Major League Soccer (MLS) didakwa atas kesalahan kecil ‘Kelas 4’ yang membawa hukuman denda maksimum AS$250.


Sebelum ini, lesen memandu Rooney turut digantung selama dua tahun pada September 2017 selepas mengakui memandu dalam keadaan mabuk di Cheshire.

Dia kemudiannya berpindah ke Amerika Syarikat pada Jun 2018 dengan menandatangani kontrak selama tiga tahun setengah bersama DC United.

“Kami menyedari laporan berita mengenai Rooney yang ditahan bulan lalu.

“Kami faham media berminat terhadap perkara ini tetapi kami percaya ia adalah isu peribadi Rooney dan DC United akan menyelesaikan perkara itu secara dalaman. Kami enggan mengulas lanjut mengenai situasi itu,” kata DC United dalam satu kenyataan. – BBC.com

Kategori