Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jangan Kutuk Lawatan PM...

HARAP kawan-kawan tidak akan kutuk lawatan PM8 ke Arab Saudi sebab negara itu...

Guru Cabul Murid: Tindakan...

KUANTAN - Kementerian Pendidikan memandang serius dan akan mengambil tindakan terhadap guru yang...

Afif Temui Sentuhan, Ungguli...

AHMAD Afif Amran kembali menemui sentuhan apabila berjaya mencatat masa terpantas pada sesi...

Lelaki Didakwa ‘Bomoh Kucing’...

KUALA LUMPUR - Tidak banyak yang melegakan hati penduduk meskipun selepas empat hari...

Saman RM500 Jika Perokok Degil Kali Pertama

TEGAS… Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan saman RM500 terhadap pelanggan yang melakukan kesalahan pertama dengan merokok di kawasan larangan merokok di premis makanan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, saman itu akan dikeluarkan terhadap perokok yang masih berdegil selepas pendekatan memberi amaran secara lisan terlebih dahulu kepada golongan berkenaan berakhir.

“Bagi kesalahan kali pertama, perokok akan dikenakan saman oleh pegawai penguat kuasa Pejabat Kesihatan Daerah di kawasan terbabit dan perlu membayar saman itu dalam tempoh dua minggu.

“Sekiranya saman itu tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut atau perokok yang didapati mengulangi kesalahan yang sama, mereka akan dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun,” katanya.

Boon Chye berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan lawatan kerja di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Cameron Highlands, Pahang hari ini.

Pada 6 November lalu, beliau berkata, pihaknya menggunakan pendekatan memberi amaran terlebih dahulu kepada perokok dalam tempoh enam bulan selepas larangan merokok di semua premis makanan yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu. – Bernama

  • Lagi berita berkaitan:
  • Rokok

Kategori