Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditahan Jual Ganja...

SEOUL: Pejabat Pendakwa Daerah Pusat Seoul memaklumkan empat individu didakwa kerana menanam ganja...

Bomba Sabah Yakin Dapat...

KOTA KINABALU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah yakin akan dapat memadam...

Ketepikan Perbezaan Bagi Bentuk...

MELAKA - Umat Islam di negara ini diseru mengetepikan perbezaan terutamanya dari segi...

Pakatan Harapan Ambil Kesempatan...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan yang diketuai DAP serta dianggotai Parti Keadilan Rakyat...

Senator Bob PKR Tidak Patut Ugut Tok Batin

KESAL… Kenyataan Senator Bob Manolan Mohamad bahawa Tok Batin atau ketua kampung Orang Asli akan hilang gaji dan dilucut jawatan jika tidak undi calon Pakatan Harapan adalah jelas ugutan.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, kenyataan di Pos Betau itu tidak patut kerana elaun atau pelbagai bantuan kepada masyarakat Asli mesti diberi tanpa kira siapa yang mereka sokong.

“Apatah lagi sebagai sebuah kerajaan persekutuan, pihak pentadbiran PH memang mesti bertanggungjawab dalam penyediaan bantuan kepada mereka yang berhak terima walaupun tidak diundi oleh individu terbabit.

“Tindakan senator PKR tersebut yang secara terbuka buat ugutan begitu adalah salah sama sekali dan tidak patut dilakukan,” kata Shamsul Anuar dalam kenyataan dikeluarkan di ibu negara lewat semalam.

Sehubungan itu, UMNO berharap Kerajaan PH berhenti daripada biadab buat ugutan kepada pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands kerana rakyat sebenarnya berhak undi siapa yang mereka inginkan.

Sementara itu, Shamsul Anuar dalam Perjumpaan Bersama Kepimpinan Pusat Daerah Mengundi di Pejabat UMNO Cameron Highlands di Tanah Rata, meminta semua jentera BN bekerja kuat dengan penuh strategi.

“UMNO dan BN perlu pastikan calon kita dapat majoriti besar. Kemenangan adalah penting untuk beri signal kepada Kerajaan PH yang banyak mungkir janji, berbohong dan rakyat tidak puas hati dengannya,” katanya.


Tambahnya, kemenangan BN di PRK ini penting dan akan jadi titik tolak perubahan kepada lanskap politik negara setelah banyak kegagalan Kerajaan PH baik dari segi ekonomi, kebajikan rakyat, peluang pekerjaan dan sebagainya.

Shamsul Anuar turut mahu jentera UMNO untuk berusaha kuat dan pastikan seramai mungkin pengundi BN dapat keluar mengundi pada PRK berkenaan.

“Kita bimbang trend keluar mengundi rendah di empat PRK sebelum ini berlaku di Cameron Highlands. Jentera UMNO perlu ada strategi tersendiri untuk keluarkan pengundi. Maka kita perlu fokus dalam soal ini,” tambahnya.

Menurut Shamsul Anuar, pihak UMNO percaya DAP akan melakukan pelbagai usaha bagi mengurangkan pengundi keluar dan tidak menyokong BN. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori