Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kapsul Rugi, Formula Letak...

JIKA diperhatikan sambutan yang cukup hangat diberikan peminat terhadap filem tempatan seperti Polis...

Bicara Kes Komunikasi Seksual...

KUALA LUMPUR : Perbicaraan kes usahawan kosmetik, Safiey Ilias yang menghadapi empat pertuduhan,...

Wanita Cedera Diseret, Peragut...

MIRI – Seorang pembantu jualan di kedai farmasi nyaris hilang nyawa apabila rambutnya...

14 Maut, Pusat Pemulihan...

BANDARAYA MEXICO - Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan lapan cedera dalam kejadian tembakan...

Shahrol Shiro Ditamatkan Kontrak Penyampai Suria FM

KUALA LUMPUR – Disebabkan masalah disiplin, pelawak popular Shahrol Shiro ditamatkan kontrak sebagai penyampai radio Suria FM berkuat kuasa pada 11 Januari lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengurus Kanan Suria, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan semalam.

“Memang benar kontrak Shahrol sebagai penyampai Suria ditamatkan lebih awal kurang enam bulan selepas berkhidmat bersama Suria.

“Dia sebenarnya menandatangani kontrak selama setahun, tetapi pihak kami terpaksa menamatkan kontrak tersebut lebih awal atas faktor prestasi kerja yang kurang memuaskan,” kata DJ Lin.

Antara masalah disiplin yang didakwa dihadapi Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi adalah ingkar perintah dan melanggar garis panduan kerja yang ditetapkan seperti tidak hadir bertugas tanpa pemberitahuan, lewat memulakan tugas sebagai penyampai segmen pagi, kerap mengambil cuti sakit tanpa sijil MC serta tidak menghadiri acara anjuran Suria.


Dalam pada itu, DJ Lin menegaskan pihak Suria masih tiada perancangan untuk mencari pengganti Shahrol bagi mengisi kekosongan dalam Team Pagi Suria. Sebaliknya, slot pagi Suria akan terus bersiaran seperti biasa bersama penyampai Issey dan Fizi Ali.

Terdahulu, Shahrol bersama kumpulan Shiro yang turut dianggotai oleh Ajak telah dinobatkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2018 pada Jumaat lalu. – K! ONLINE

Kategori