Saturday, January 4, 2025

Creating liberating content

5 Barangan Keperluan Asas...

PADANG TERAP - Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi jaminan bahawa harga barangan lima...

Ninja Terakhir Jepun Enggan...

LELAKI ini, Jinichi Kawakami merupakan seorang jurutera. Namun dia memiliki keistimewaan lain. Jinichi...

DJ Ternama Disahkan Maut...

NEW YORK - DJ terkenal dunia, Avicii dilaporkan membunuh diri dengan menggunakan sekeping...

Hijab Terbuka, Aeril Zafrel...

TIADA siapa menyangka rupa-rupanya pelakon kacak, Aeril Zafrel mempunyai kelebihan luar biasa mampu...

SPRM Kena Siasat Kit Siang Mengaku Ada Duit Motor

TEGAS… Datuk C. Sivaarrajh desak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat Lim Kit Siang yang mengakui individu berbaju Pakatan Harapan (PH) agih wang kepada Orang Asli baru-baru ini sebagai bayaran kos petrol sukarelawan.

Sehubungan itu, bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands tersebut berkata kenyataan Penasihat DAP berkenaan boleh dijadikan bukti untuk pihak SPRM teliti kes rasuah PH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi terbabit.

Sivaarrajh turut tampil buat laporan di ibu pejabat SPRM Putrajaya berhubung dakwaan wujudnya politik wang oleh ejen PH pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di parlimen itu yang bermula pada 13 Januari lalu.

Mengulas lebih lanjut, beliau menambah, gambar pemberian wang oleh wakil atau ejen calon DAP yang tular menerusi media sosial kini juga perlu dijadikan bahan bukti dan perlu disiasat oleh pihak SPRM.

“Laporan yang dibuat oleh saya ini kerana ingin mencari keadilan apabila pemberian wang itu sama dengan kes saya di mahkamah pada tahun lalu sehingga saya pula dilucutkan jawatan sebagai ahli parlimen.

“Malah hakim kes saya turut menyebut bahawa pemberian wang petrol atau rokok tetap dikira rasuah. Jadi saya menjadi mangsa kerana petisyen yang dibuat calon DAP sebelum ini hanya cakap-cakap.

“Tetapi kempen ketika ini gambar pemberian wang sudah menjadi viral dan diakui sendiri oleh Kit Siang,” kata Sivaarrajh pada sidang media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

Kempen PRK Cameron Highlands ketika ini menjadi kontroversi apabila gambar tular seorang wanita yang jelas memakai baju berlogo PH secara terbuka mengagihkan wang kepada beberapa individu lain.


Kit Siang mengakui individu berkenaan adalah seorang sukarelawan dari organisasi pro-PH iaitu Impian Malaysia dan wang yang diagihkan itu kononnya adalah bayaran balik kos petrol para sukarelawan Orang Asli.

PRK Parlimen Cameron Highlands menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Nor berdepan dengan tiga lawan lain dalam saingan empat penjuru pada 26 Januari depan.

Ramli ditentang oleh calon Pakatan Harapan (PH) yang juga bekas calon parlimen itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, M. Manogaran serta dua calon bebas iaitu Sallehudin Ab. Talib dan Wong Seng Yee.

Pada 30 November lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kemenangan Sivarraajh bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands dalam PRU lalu adalah terbatal dan tidak sah kononnya akibat rasuah.

Justeru, Hakim Datuk Azizah Nawawi memerintahkan agar PRK perlu diadakan bagi kerusi parlimen itu. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori