SIASAT… Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah rakam keterangan seorang wanita berhubung kes gambarnya papar agih wang kepada sukarelawan Pakatan Harapan (PH).
Foto-foto berkenaan tular menerusi media sosial sejak Ahad lalu dan PH mendakwa dengan berdalih kononnya ia hanya sumbangan ‘duit minyak’ yang diberi kepada sekumpulan masyarakat Orang Asli tempatan.
Difahamkan wanita tersebut tiba di bilik operasi SPRM Cameron Highlands di sini pada pukul 7 malam semalam bersama tiga individu dipercayai penyokong PH sebelum dirakan keterangan kira-kira tiga jam.
Baca: Mereka Datang Naik Bas, Tapi Dapat Juga Duit Minyak?
Beberapa individu lain dalam gambar tular itu juga difahamkan turut dipanggil SPRM bagi beri keterangan masing-masing. Wanita terbabit meninggalkan bilik operasi SPRM Cameron Highlands pada pukul 9.50 malam.
Sebelum ini tular menerusi media sosial beberaa keping gambar seorang wanita yang memakai baju PH sedang edarkan wang kepada Orang Asli dan kejadian itu didakwa berlaku selepas proses penamaan calon Sabtu lalu.
Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong kelmarin dilaporkan mendakwa kumpulan itu datang naiki bas dan terkejut kerana lazimnya sukarelawan tidak perlu dibayar upah sebagai mana pekerja parti. – Agensi/Mynewshub.TV