Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pasar Tani Khas Di...

KOTA BHARU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengadakan Program Jualan Jimat Belanja...

Identiti Mangsa 9/11 Disahkan...

NEW YORK - Identiti seorang pekerja kewangan yang terbunuh dalam tragedi 11 September...

Kasih Ibu Anjing Terhadap...

Kasih sayang tidak menjadi penghalang antara dua ekor haiwan yang berbeza untuk berkongsi...

Sistem Kabel Dasar Laut...

KUALA LUMPUR - Konsortium South-East Asia – Middle East – Western Europe 5...

Status 14,200 Individu Positif HIV Singapura Bocor

SINGAPURA – Status positif HIV 14,200 individu dan maklumat sulit mereka seperti nombor kad pengenalan serta nombor telefon bocor di internet, menurut Kementerian Kesihatan Singapura, hari ini.

Semua rekod itu membabitkan 5,400 warga Singapura yang dijangkiti HIV sehingga Januari 2013 dan 8,800 warga asing termasuk pemohon dan pemegang pas kerja dan lawatan yang dijangkiti HIV sehingga Disember 2011.

Maklumat bocor itu termasuk nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat, keputusan ujian HIV dan maklumat perubatan.

Perincian 2,400 lagi individu terdekat yang dihubungi mereka juga bocor sehingga Mei 2007, menurut kenyataan media kementerian itu.

Daftar HIV mengandungi maklumat individu dijangkiti HIV, virus itu wajib dimaklumkan di bawah Akta Penyakit Berjangkit.


Kementerian berkata, ia menggunakan daftar itu untuk memantau situasi jangkitan HIV, menjalankan pengesanan hubungan, menilai pencegahan penyakit dan langkah-langkah pengurusan. – Agensi/CNA

Kategori