Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rosmah Tinjau Pembinaan Hospital...

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini meluangkan...

Ismail Sabri Dijadual Berangkat...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan bertemu dengan rakan...

Muafakat BN Tidak Boleh...

KOTA BHARU - Kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam menghasilkan muafakat yang kukuh antara...

Video: Hukum Kalau Masih...

PASTI ramai antara kita yang masih ragu-ragu dengan status puasa jika terus makan...

Strategi Tok Mat Beri Kemenangan Besar BN

BERKESAN… Rahsia strategi Datuk Mohamad Hasan akhirnya bunuh segala percaturan Pakatan Harapan (PH) apabila BN letak Ramli Mohd. Nor sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Bekas pegawai polis itu dalam PRK kali ini berjaya dapat majoriti paling tinggi berbanding tiga Pilihan Raya Umum (PRU) yang diwakili calon dari MIC iaitu 12,038 undi, manakala M Manogaran hanya raih 8,800 undi sahaja.

Sementara dua lagi calon bebas iaitu Sallehudin Ab. Talib dan Wong Seng Yee masing-masing mendapat undi 314 dan 276. BN sebelum itu mengunakan strategi mengaburi mata pihak lawan dengan meletakkan Datuk T Murugiah.

Beliau sebenarnya antara calon yang bakal dipilih, bagaimanapun pada saat akhir BN secara konsensus bersetuju untuk memilih anak Orang Asli sendiri yang mempunyai taraf pendidikan dan jawatan tinggi dalam polis.

Mohamad yang mesra disapa sebagai Tok Mat ketika ini memangku jawatan Timbalan Pengerusi BN, ternyata jauh lebih berpengalaman selepas parti tersebut melalui tiga kali PRK kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Untuk rekod, BN tidak bertanding pada PRK yang keempat di kerusi Parlimen Port Dickson di Negeri Sembilan dan dimenangi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tanda protes ke atas PH salah guna proses demokrasi.

Ironi, PH yang terpedaya dengan percaturan asal Tok Mat itu akhirnya memutuskan untuk kekalkan Manogaran sebagai calon ‘kitar semula’ walaupun terima tentangan daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


DAP yang berkeras malah enggan dengar nasihat jujur Pengerusi PH tersebut dengan terus letakkan Manogaran itu akhirnya terbukti tersalah langkah, sekali gus beri kemenangan majoriti besar kepada calon BN menang bergaya.

Kemenangan di luar dugaan ini juga mungkin adalah isyarat kepada kerajaan PH bahawa rakyat mula tolak dan tentang pentadbiran rejim hari ini berikutan segala janji dan manifesto yang dilaungkan langsung tidak ditunaikan.

Malahan, tidak mustahil PRK yang berlaku selepas ini juga iaitu DUN Semenyih dan Rantau; mampu beri kemenangan luar jangka kepada BN, tambahan lagi hasil kerjasama padu dengan PAS. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori