Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Merajuk Dengan Isteri, Tidak...

BERAPA ramai yang sanggup membisu dan tidak bertegur sapa dengan pasangan untuk suatu...

Ronaldo Simpan Janggut Sebagai...

MOSCOW - Cristiano Ronaldo mendedahkan dia menyimpan janggut sebagai tuah untuk Portugal sepanjang...

Mahkamah Persekutuan Tolak ...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini menolak usaha terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Anwar Dikejarkan Ke HKL...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Pakatan Harapan dan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri...

Suami Isteri Maut Kebakaran Kini Jadi Kes Bunuh

KUALA LUMPUR – Kes pasangan suami isteri yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Desa Vista, Sepang, semalam diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat.

Beliau berkata ia berdasarkan laporan awal bedah siasat mangsa wanita mendapati ada kesan kecederaan akibat hentakan benda keras di kepala.

“Berdasarkan keterangan ini dan beberapa keterangan yang diperoleh di tempat kejadian, kes diklasifikasikan semula sebagai bunuh. Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata laporan bedah siasat terhadap mangsa lelaki bagaimanapun belum diperoleh.

Berikutan itu, polis kini masih dalam proses merekod keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan, katanya.

Semalam, Wan Mohd Baharul Nizam Wan Bakar, 35, dan Norwahidah Abdul Hamid, 28, ditemukan mati dalam kebakaran di sebuah rumah teres setingkat di Taman Desa Vista dekat sini.

Kedua-dua mereka adalah penjawat awam yang bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya.


Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali dalam kenyataan semalam dilapor berkata pihak bomba terpaksa memecahkan jeriji di pintu utama serta pintu rumah itu yang berkunci dari dalam.

“Anggota bomba yang berjaya masuk ke bilik utama menemui seorang lelaki di dalam tandas bilik utama rumah itu, manakala mayat wanita itu ditemui ditemui terbaring di atas tilam dengan kesan terbakar,” katanya.

Jurucakap bomba sebelum ini berkata Norwahidah maut di tempat kejadian manakala suaminya yang menerima rawatan daripada anggota Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) juga gagal diselamatkan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.13 tengah hari. – BERNAMA

Kategori