PANAS… Suhu air laut naik pada rentak lebih pantas, ketika pemanasan bumi ancam pelbagai jenis hidupan laut dan bekalan makanan utama bagi planet ini, menurut para pengkaji antarabangsa.
Penemuan dalam jurnal sains Amerika Syarikat (AS), yang diterajui oleh Akademi Sains China malah sangkal laporan sebelum ini yang menggambarkan pemanasan bumi terhenti sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Media antarabangsa melaporkan teknologi terkini dedah tiada pemberhentian sedemikian berlaku, lantas cetus kebimbangan baharu mengenai perubahan iklim dan kesannya terhadap penimbal utama planet – iaitu lautan.
“Pemanasan laut adalah satu penunjuk sangat penting bagi perubahan iklim, dan kami ada bukti kukuh tunjukkan suhu lautan sedang meningkat lebih pantas daripada yang disangkakan sebelum ini,” kataĀ Zeke Hausfather.
Beliau yang merupakan pengarang bersama kajian tersebut dan pelajar pengajian siswazah di Energy and Resources Group, Universiti California, Berkeley, AS.
Kira-kira 93 peratus lebihan haba – terperangkap di sekeliling Bumi oleh gas rumah hijau yang dijana melalui pembakaran bahan api fosil – terkumpul dalam lautan dunia.
“Penelitian baru menunjukkan pemanasan di lautan kini ikut kadar kenaikan suhu udara. Jika tiada apa-apa yang dilakukan untuk kurangkan gas rumah hijau, “model-model yang dikaji itu meramalkan bahawa suhu lautan dunia sehingga sedalam 2,000 meter akan meningkat 0.78 Ā°C menjelang hujung abad ini,” katanya.
Pengembangan termal – iaitu air yang mengembang semasa dipanaskan – akan menaikkan paras laut setinggi 30 sentimeter. Ini lebih tinggi daripada sebarang peningkatan pada paras air laut yang disebabkan oleh pencairan bongkah batu dan kepingan ais.
“Meskipun 2018 adalah tahun keempat terpanas bagi permukaan (Bumi), ia adalah tahun paling panas di lautan, seperti yang dialami pada 2017 dan 2016 sebelum ini,” kata Hausfather.
“Tanda-tanda pemanasan bumi lebih mudah dikesan jika ia merubah suhu air laut berbanding permukaan bumi.” – Channel NewsAsia