Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tiada Laporan MERS Membabitkan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada kes wabak Sindrom Pernafasan...

Anak Allahyarhamah Datuk...

Anak tunggal biduanita negara,  Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini iaitu Haji Aliff Omar Ali bakal...

Guru Lebam Pipi Selepas...

SIBU – Seorang guru wanita berusia 35 tahun lebam di pipi kiri selepas...

‘Tiada Kes Curi, Hanya...

SEORANG lelaki yang dipercayai pengurus kedai serbaneka tampil menjelaskan insiden tular yang berlaku...

Sultan Abdullah Titah Laung Kalimah ‘Allahu Akbar’

PEKAN – Sultan Pahang yang baharu Sultan Abdullah Ahmad Shah menitahkan supaya kalimah ‘Allahu Akbar’ yang bermaksud Allah Maha Besar dilaungkan pada istiadat pemasyhuran baginda sebagai Sultan Pahang keenam di Istana Abu Bakar di sini esok.

Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Ahmad Shah yang berkongsi perkara itu berkata, kalimah terbesar umat Islam itu akan dilaungkan sebanyak empat kali sebelum diikuti laungan ‘Daulat Tuanku’ tiga kali.

Tengku Abdul Rahman berkata laungan ‘Allahu Akbar’ merupakan sebahagian daripada perkara baharu yang dilakukan pada istiadat pemasyhuran Sultan Pahang yang kali terakhir berlangsung pada 45 tahun dahulu.

“Sudah tentu ‘Daulat Tuanku’ adalah adat yang sudah lama dilaksanakan dan kali ini ada sedikit perubahan dilakukan kerana sebelum ini pemasyhuran berlaku kerana kemangkatan (sultan sebelumnya).

“Jadi pemasyhuran ini suatu yang luar biasa dan ada yang kita ‘re-adjusting’… kita bersedia sebaik mungkin dan berharap semuanya selamat serta dirahmati Allah esok,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri raptai istadat pemasyhuran di sini hari ini. – BERNAMA

Kategori