KHABAR angin yang berlegar sejak 2 Januari 2019 bahawa Sultan Muhammad V bakal menamatkan tugas sebagai Yang Dipertuan Agong XV terjawab sudah.
Walaupun pihak berkepentingan politik tertentu bersungguh-sungguh cuba menafikan, Istana Negara mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan rasmi hari ini.
Perbincangan seterusnya pasti menjurus kepada siapakah bakal menjadi Yang Dipertuan Agong yang seterusnya?
Baca:Â Yang Di-Pertuan Agong Letak Jawatan
Ramai menyebut Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Memang benar. Bukan setakat menyebut, malah ramai berharap baginda terpilih.
Dari Timur hingga ke Selatan sampai ke Sabah dan Sarawak. Mengapa? Jawapannya mudah kerana baginda dilihat sebagai Sultan yang berjiwa rakyat.
Ini bukan lagi soal kenegerian atau persaingan bola sepak. Tetapi pemerintah yang berani demi rakyat untuk rakyat, untuk negara demi negara.
Suara dan ketegasan baginda Sultan Johor dilihat sangat relevan dalam keadaan Malaysia berhadapan ketidakstabilan dan rencam politik yang keterlaluan pasca PRU-14.
Baginda diketahui paling kehadapan dalam menyuarakan kepentingan masyarakat bukan sahaja kepada rakyat negerinya, malah negara secara keseluruhan selama ini.
Ketepikan pihak berkepentingan politik tertentu yang kurang senang dan bersikap hipokrit. Mereka ini berpolitik sepanjang masa demi perut masing-masing.
Sultan Ibrahim tiada kepentingan politik. Lantang mengkritik dasar pentadbiran kerajaan terdahulu andai sahaja ia tidak disenangi rakyat. Boleh google!
Maka, jangan khuatir dan prejudis baginda akan ‘terkritik’ pentadbiran kerajaan Malaysia Baharu sebagai Yang Dipertuan Agong kerana ia semata-mata demi rakyat dan negara. – Mynewshub.Tv