Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

1,690 Sangkar Kitar Semula...

ALOR SETAR - Syarikat Environment Idaman (E-Idaman) Sdn. Bhd., yang berperanan menguruskan sisa...

Jambatan Dan Saluran Air...

TUMPAT - Kerajaan akan meneliti cadangan supaya sebuah jambatan dibina di Jalan Kasban...

Adakah Guan Eng Lebih...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan...

Titah Agong Bukti Keabsahan...

KUALA LUMPUR - Titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...

SUV Putih Berjaya Dinaikkan Dari Dasar Laut

GEORGE TOWN – Usaha mengangkat keluar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terhumban ke laut Ahad lepas berjaya, apabila sebahagian daripada badannya mulai timbul di permukaan laut kira-kira pukul 5.45 petang.

Pasukan operasi yang terdiri dari 40 orang penyelam dari pelbagai agensi itu berjaya mengikat SUV jenis Mazda CX-5 itu sebelum ditarik ke atas jalan di Jambatan Pulau Pinang kira-kira pukul 6.07 petang, selepas bertungkus lumus menjalankan operasi itu sejak semalam.

Bernama difahamkan satu mayat, dipercayai Moey Yun Peng, 20, seorang pelajar kolej swasta di sini, ditemukan berada di tempat pemandu kenderaan tersebut sejurus pemeriksaan dilakukan pihak polis.

Anggota pasukan operasi itu turut kelihatan memotong sebahagian kenderaan itu menggunakan peralatan memotong besi dalam usaha mereka mengeluarkan mangsa yang tersepit.


Sumber awal mengatakan mayat itu akan dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk proses pengecaman dan bedah siasat. – BERNAMA

Kategori