MALU… Pertunjukan bunga api yang gah di sekitar pelabuhan Sydney, Australia bagi sambut tahun baharu 2019 semalam ternyata berjaya memukau penonton seluruh dunia dan kelihatan sempurna.
Bagaimanapun, bagi yang jenis mata teliti… sebenarnya ada satu kesilapan besar berlaku – tahun dipaparkannya adalah salah, malah perkara lucu tersebut telah jadi bahan jenaka masyarakat antarabangsa.
Lebih 1.5 juta orang berkumpul di pelabuhan Sydney itu untuk menyaksikan pertunjukan bunga api, dan terlihat satu paparan di salah satu pilon pelabuhan itu dengan ucapan “Selamat Tahun Baru 2018!”.
Gambar-gambar menunjukkan kesalahan berkenaan dikongsi ramai netizen menerusi lelaman media sosial sehingga tular dan disiarkan semua stesen penyiaran tempatan sebagai tajuk berita besar mereka.
“Menurut Sydney, ia masih 2018, jadi saya akan sambung tidur,” menurut seorang pengguna Twitter manakala seorang lagi pengguna media sosial secara sinis menulis: “Oh… bila tahun buruk ini akan berakhir.”
Pihak penganjur City of Sydney, yang melaburkan banyak sumber dan masa bagi mengelolakan antara pesta Tahun Baharu yang pertama itu, beranggapan bahawa kesalahan pelik tersebut sebagai kelakar.
“Kami hanya ketawa apabila ia berlaku, perkara sedemikan berlaku seperti mana kami mengatakan, ia mengambil 15 bulan untuk menganjurkan acara berskala ini,” menurut penerbit eksekutif bunga api, Anna Mclnerney.
Ketika ditemui para wartawan di Sydney pada semalam, wanita itu hanya mampu berkata:Ā “Sudah tentunya kami tidak gembira, tetapi, perkara sudah berlaku, anda hanya boleh meneruskan acara saja.” – AFP