Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

GAMBAR: Isteri Keempat Salih...

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada pelakon, pelawak dan juga penyampai radio, Salih Yaacob, 54...

Pakar Makhluk Halus Di...

UNIK... Pengalaman dan kemahiran pakar perubatan alternatif Islam berkaitan sihir atau gangguan makhluk...

Polis Mahu Jamal Beri...

KAJANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk...

Mangsa Banjir Di Kedah...

SUNGAI PETANI - Jumlah mangsa banjir di lima pusat pemindahan di tiga daerah...

Syed Saddiq Minta Lapor Polis Tentang Penyamar

MUAR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta pejabatnya membuat laporan polis berhubung seorang penyamar yang mendakwa sebagai ‘pembantu MP Muar’ dan meminta komisyen 30 peratus.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, laporan polis perlu supaya penyamar berkenaan dibawa ke muka pengadilan dan dalam pendiriannya yang berpegang kepada prinsip politik bersih daripada sebarang perbuatan salah laku seperti ini.

“Saya menyertai politik untuk membersihkan politik, saya tidak akan lupa prinsip ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Syed Saddiq turut mengucapkan terima kasih kepada dua akhbar berbahasa Cina yang telah menarik balik dan membetulkan laporan berita mengenai ‘Pembantu MP Muar Muar meminta 30 peratus komisyen’ selepas siasatan menyeluruh mendapati individu itu tidak mempunyai kaitan dengan pejabatnya.

“Nasihat saya, lain kali sila semak dengan saya terlebih dahulu, bersikap adil dalam pelaporan, saya sangat aktif dalam perbualan kumpulan WhatsApp dan saya menyertakan semua wartawan. Bolehlah bertanyakan kepada saya sebelum menerbitkan berita tidak sahih,” katanya. – Bernama

Kategori