Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

21 Laporan Peras Ugut...

KUALA LUMPUR - Polis menerima 21 laporan berhubung jenayah pemerasan atau ugutan menyebarkan gambar...

Ramai Artis Hadir Majlis...

SEMALAM, telah berlangsung majlis pelancaran buku Najib Razak Berjiwa Besar, Empat Dekad Menongkah...

Jangan Terpedaya GST Konon...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pakatan pembangkang yang memfitnah...

Bantuan Awal Persekolahan Diagih...

KUALA LUMPUR : Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid yang bakal memasuki...

Tahun Baharu Cina: Pengguna TBS Dijangka Meningkat

KUALA LUMPUR – Bilangan pengguna Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dijangka mencecah 19,000 orang setiap hari sempena perayaan Tahun Baharu Cina, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata secara purata terdapat 16,000 pengguna TBS setiap hari.

“Jumlah itu dijangka meningkat kepada 18,000 hingga 19,000 pengguna setiap hari pada musim perayaan Tahun Baharu Cina,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di TBS yang terletak di Bandar Tasik Selatan di sini pada Ahad.

Menurut Loke, pada musim perayaan, terdapat kira-kira 1,000 trip pelepasan dan 1,000 ketibaan bas di TBS setiap hari.

Beliau berkata untuk memenuhi permintaan terutama pada waktu puncak antara 1 hingga 10 Februari, hampir 300 bas tambahan disediakan termasuk melalui pengeluaran 119 permit kepada syarikat bas yang memohon kelulusan Lesen Perubahan Sementara (LPS).


Mengenai tinjauan itu, Loke berkata secara umumnya beliau berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan termasuk aspek sistem tiket berpusat, tahap keselamatan dan fasiliti untuk pengguna serta pemandu bas. – BERNAMA

Kategori