Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ini Bukan Gosip: Wak...

Sebut sahaja nama Wak Doyok pastinya terbayang-bayang penampilan stylo beserta wajah berjambang dan...

Anwar, Azmin, KJ, Izzah...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam laman Twitter...

ALF Jenuh Penuhi Undangan...

SETELAH tampil dua episod dalam program #PenghijrahanFenomena terbitan TV AlHijrah, bekas gengster terkenal Singapura,...

KWSP Rancang Perluaskan Unit...

HULU TERENGGANU - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperluaskan unit Khidmat Nasihat...

Teks TPM Salah: Najib Ajar Buat WhatsApp Grup

KECOH… Semalam dunia gempar apabila Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail nafi ada sedia teks ucapan yang diwakili oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon.

Ia malah jadi bahan jenaka apabila teks yang dibaca pada majlis pelancaran projek pemasangan fiber gantian optik terbesar itu semalam tidak pernah diluluskan Timbalan Perdana Menteri atau Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Melihat kepada kecelaruan yang timbul dalam kalangan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka tampil ajar cara buat kumpulan WhatsApp bagi elak negara jadi kucar-kacir.

Ini juga sebagai sindiran ekoran kepada tindakan Mohd. Rashid yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat didakwa konon baca teks ucapan Wan Azizah tanpa dapat pula kebenaran dalam majlis tersebut di Subang Jaya, Selangor semalam.

Menurut Najib dalam nada sinis, belum pernah berlaku dalam sejarah teks dibaca wakil pemimpin kerajaan dalam majlis tertentu tidak pernah diluluskan si tuan punya badan sendiri yang tidak dapat hadir kerana ada urusan lain.

“Timbalan Perdana Menteri juga tidak mewakilkan sesiapa baca teks beliau pada majlis itu dan tidak pernah sama sekali berkata kerajaan akan beri kerjasama penuh pelaksanaan projek Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia.


“Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh salah guna nama Timbalan Perdana Menteri dalam majlis pelancaran projek swasta? Maka negara bertambah kucar-kacir,” kata Najib menerusi hantaran dalam laman Facebook beliau.

Najib turut melampirkan tangkap layar gambar untuk menunjukkan cara-cara menubuhkan kumpulan WhatsApp dalam status tersebut dengan catatan ringkas: “Buatlah WhatsApp group sesama diri. Ini caranya (lihat gambar).

“Anda rasa rakyat ada masa untuk pening kepala?” tambahnya yang turut ditular diperkatakan netizen apabila terima hampir 30,000 tanda suka selain lebih 2,100 komen dan dikongsi kira-kira 1,300 kali. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori