Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Gara-Gara Kabali, Semua Premis...

CHENNAI - Mungkin tidak terbayang di benak anda, hanya kerana tayangan sebuah filem...

PAS Sokong Pengerusi PAC...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kota Bahru, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini mencadangkan...

Waspada Cuaca Panas, Fenomena...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengeluarkan peringatan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan...

PAS Pusat Bincang Situasi...

KUALA LUMPUR - PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan...

Tempuh Perjalanan 150km Demi Al-Sultan Abdullah

KUANTAN – Seawal pukul 4 pagi, Afiq Haikal Mohd. Nazeri dan 10 rakannya sanggup menempuh perjalanan hampir 150 kilometer (km) untuk ke Pangkalan Udara Kuantan di sini bagi melihat sendiri satu peristiwa yang bakal tercatat dalam sejarah negara.

Afiq Haikal, 21, dan rakan-rakannya itu yang tinggal di Kuala Krau, Temerloh membuat keputusan untuk bersama-sama rakyat Pahang yang lain mengucapkan selamat berangkat kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke ibu negara untuk menduduki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 hari ini.

“Kami berpakat untuk berkongsi duit minyak dan bayaran tol. Nasib baik ada rakan boleh meminjamkan van milik keluarganya walaupun keputusan untuk ke sini dibuat lewat malam tadi. Kami rasakan perlu untuk meraikan keberangkatan tuanku kerana baginda sering mencemar duli ke kampung kami semasa banjir. Sekurang-kurangnya ini yang termampu kami lakukan untuk menghargai baginda,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Afiq Haikal antara ribuan rakyat Pahang yang berhimpun di Pangkalan Udara Kuantan seawal pukul 6 pagi bagi meraikan keberangkatan Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.

Al-Sultan Abdullah yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa hari ini, berlepas ke ibu negara untuk istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan di Istana Negara.


Sementara itu, dua murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Galing di sini, M. Kishore dan Karl Esqandar Khalid berkata, mereka mula berkumpul di sekolah pada pukul 6.30 pagi untuk menaiki bas ke Pangkalan Udara Kuantan.

Kishore, 12, berkata, beliau bangun seawal pukul 5 pagi dan meminta supaya dihantar ke sekolah lebih awal kerana bimbang ketinggalan bas.

“Cikgu kata peristiwa seperti ini bukan selalu berlaku dan hanya mereka yang bertuah sahaja boleh menyaksikan istiadat keberangkatan Yang di-Pertuan Agong. Ini kali pertama saya melihat Al-Sultan Abdullah secara live (langsung),” katanya. – BERNAMA

Kategori