Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Wanita Bertanyakan Syurga Sebelum...

Malang tidak berbau, seorang wanita maut selepas bas ekspres yang dinaikinya bersama 27 penumpang...

Dato’ Pa Menteri Paling...

SEBAGAI pemerhati politik penulis wajib memantau akaun media sosial para pemimpin politik. Terutama Facebook,...

Kawalan Bersama Tentera Malaysia,...

Kuching : Pos Gabungan Malaysia Indonesia (GABMA) yang ditangguhkan sejak awal 2020 akibat...

Mayat Doktor Gigi Ditemui...

IPOH - Seorang doktor gigi ditemui mati tertiarap dalam longkang di Taman Canning,...

Terengganu Terima Antara RM1.5 Bilion Hingga RM1.6 Bilion

KUALA TERENGGANU – Terengganu dijangka memperoleh wang tunai petroleum sekurang-kurangnya bernilai antara RM1.5 bilion hingga RM1.6 bilion untuk tahun 2019 kata Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata, jumlah itu adalah berdasarkan harga minyak bagi tahun 2018.

“Selepas kunjungan Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) ke Terengganu baru-baru ini, kita ada terima makluman daripada Kementerian Kewangan bahawa keputusan dasar telah dibuat oleh kabinet bahawa wang royalti tidak lagi menggunakan istilah wang royalti atau Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) tetapi akan menggunakan istilah wang tunai petroleum yang akan dibayar terus kepada kerajaan negeri Terengganu.

“Itu adalah satu perkembagaan yang sangat menarik dan positif pada kita dan kita berterima kasih kepada kerajaan pusat yang telah mengiktiraf bahawa kerajaan negeri Terengganu berhak untuk menerima wang tunai royalti petroleum ini sebagaimana perjanjian 1974,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat anggota Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Samsuri berharap Kementerian Kewangan dapat mempertimbangkan jumlah peratusan hutang yang perlu dibayar oleh kerajaan negeri kepada kerajaan pusat memandangkan makluman terbaharu pembayaran hutang itu diperoleh selepas Terengganu membentangkan Bajet 2019. – BERNAMA

Kategori