Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

18 Jemaah Cedera Insiden...

SEKURANG-KURANGNYA 18 orang cedera dalam insiden rempuhan berhampiran Masjidil Haram, di Makkah. Akhbar al-Riyad...

Tips Berguna Menyimpan Biskut...

SEWAKTU ramai mula sibuk membuat biskut raya, setiap malam pastinya akan ada aroma menarik...

Rakyat Malaysia Rozanna Mat...

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia, Rozzana Mat Nanyan yang sebelum ini dilaporkan berada dalam...

Puluhan Ribu Orang Berarak...

BUDAPEST – Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan berarak di ibu kota Hungary di sini...

Tiada ‘Double Standard’ Tangkapan Anak Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Anak Menteri Pertahanan akan didakwa sekiranya laporan patologi sampel air kencing mendapati lelaki berusia 31 tahun itu positif ganja, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Beliau berkata, buat masa ini polis masih menunggu laporan sampel air kencing dari Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur yang dijangka mengambil masa antara sebulan dan tiga bulan.

“Tak ada pilih kasih. Tidak kira anak siapa pun. Sekiranya keputusan laporan pihak patologi menunjukkan positif (dadah), kami akan tuduh di mahkamah,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Kepolisan Berprofil Tinggi di Pasar Chow Kit di sini hari ini.

Sabtu lepas, anak seorang menteri dan rakannya berusia 33 tahun ditahan dalam pemeriksaan polis di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang di sini kira-kira pukul 3 pagi.

Kedua-dua lelaki berkenaan disyaki positif dadah jenis ganja dan dibebaskan dengan jaminan polis. – BERNAMA

Kategori