Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemandu Mabuk Punca 11...

KUALA LUMPUR - Gara-gara pemandu mabuk, 11 individu termasuk lapan pelanggan restoran yang...

Malaysia Raih Pingat Pertama...

KUALA LUMPUR - Malaysia memenangi pingat gangsa dalam acara Hoki Dalam Dewan Wanita...

Hasil Produk Inovasi Tinggi,...

PUTRAJAYA - Penghasilan produk tempatan perlu memberi fokus kepada barangan yang bercirikan inovasi...

Selamba Seludup Motosikal Ikut...

DUA lelaki tergamam selepas ditahan pihak berkuasa ketika cuba menyeludup masuk motosikal curi...

Tidak Bincang Pelantikan Yang Di-Pertuan Agong

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pertemuannya dengan Sultan Johor hari ini tidak membincangkan soal pelantikan Yang di-Pertuan Agong.

Jelas Mahathir, pertemuan empat mata bersama Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berjalan dengan baik dan banyak masalah terutamanya soal permasalahan rakyat dizahirkan kepada baginda.

“Yang itu soal raja-raja tidak ada kena mengena dengan saya.

“Kita bincang masalah yang kita hadapi dan saya cerita berkenaan dengan rakyat terhadap Tuanku dan dia terima baik.

“Dan kita bersetuju supaya di masa hadapan tidak ada masalah dan saya boleh berhubung dengan Tuanku,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) dekat sini hari ini.

Ketika ditanya lebih lanjut berhubung pertemuan pertama Mahathir dengan Sultan Ibrahim, beliau enggan mendedahkan butiran perbincangan selama 90 minit di Istana Bukit Serene di sini.


“Ini hanyalah perbualan antara kami berdua,” katanya.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan memandu kereta Perusahaan Automobil Nasional, Proton Saga pertama untuk menghantar pulang Mahathir ke LTAS.

Proton Saga dengan nombor pendaftaran Proton 1 itu adalah pemberian PM kepada ayahanda Sultan Ibrahim, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail yang ketika itu adalah Yang di-Pertuan Agong. – K! ONLINE

Kategori