Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Keputusan Rosmah Bebas Atau...

KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada Datin Seri Rosmah Mansor akan dilepaskan atau...

RM118 Juta Bantu Penduduk...

PASIR PUTEH - Kerajaan persekutuan memperuntuk RM118 juta bagi membantu golongan miskin di...

Tun Mahathir Semakin Pulih,...

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor semakin pulih...

KJ Ketinggalan Kapal, Iri...

KUALA LUMPUR ā€“ Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah menggunakan platform UMNO...

‘Tidur’ 3 Jam Di Atas Bom Perang Dunia Kedua

VENLO – Seorang lelaki menggadai nyawa selepas berbaring di atas sebutir bom lama peninggalan Perang Dunia Kedua selama tiga jam di sebuah taman komuniti di sini baru-baru ini.

Xavier Lucassen, 45, berbuat demikian kerana mahu mengurangkan impak letupan apabila menyedari bom itu mula mengeluarkan bunyi pelik selepas beberapa minit dia menemui bahan peledak terbabit di taman tersebut malam Rabu lalu.

Bagaimanapun, bunyi itu kemudiannya berhenti dan Lucassen tidak berani untuk berdiri. Dia menggunakan telefon bimbitnya untuk menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan, kata jurucakap perkhidmatan keselamatan Belanda, Veronique Klaassen.

Anggota skuad pemusnah bom (EOD) dari Kementerian Pertahanan Belanda tiba untuk melupuskan bom itu ketika penduduk setempat dipindahkan.

Bom itu kemudian disahkan sudah tidak berbahaya. Lucassen menerima rawatan untuk hipotermia kerana berbaring terlalu lama dalam cuaca sejuk. ā€“ Agensi

Kategori