Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

‘Kutuk’ Pemain Malaysia, Michael...

SEMALAM berlangsungnya perlawanan bola sepak merebut 'ibu segala pingat' antara dua skuad hebat,...

Dr Asyraf Minta Kerajaan...

Susulan pemansuhan 20 sen subsidi petrol RON95 semalam, lagi pihak tampil meminta kerajaan...

ASB Rendah Bukti Ekonomi...

KUALA LUMPUR - Agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang rendah tahun ini...

Peniaga Naik Harga Akan...

KUALA NERUS - Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap peniaga pasar tani yang mengambil...

Tiru Puteri Diana, Gaun Mewah Meghan RM17,996

SEBAGAI selebriti dan isteri kepada pewaris diraja Britain, Meghan Markle sentiasa menjaga penampilannya.

Malah, fesyen yang digayakan isteri Putera Harry itu sering menjadi inspirasi dan ikutan ramai.

Terbaharu, pakaian penuh glamor yang disarungkan bakal ibu itu ternyata menarik perhatian ramai.

Menerusi acara pda Rabu di Royal Albert Hall London, pakaian yang dipakai Meghan menyerupai gaun labuh milik Puteri Diana.

Baju rekaan Roland Mouret itu berharga £3,400 (RM17,996).

Ia dikatakan mengambil inspirasi baju rekaan Catherine Walker yang digayakan Diana pada 1986 di Vienna.

Pada 1989 dia menggayakan pakaian sama di sebuah acara kebajikan.


Diana dikatakan sekali lagi memakai pakaian itu sewaktu acara Diamond Ball pada 1990.

Selain pakaian, Meghan turut memakai gelang emas milik Diana sewaktu menghadiri acara di Afrika, baru-baru ini.

Gelang itu pernah dipakai Diana sewaktu dia berada di Newham, London pada 1990. – Daily Mail

Kategori