Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Dihukum Penjara Hampir...

AUSTIN - Seorang lelaki yang disabitkan atas jenayah kebencian kerana membakar sebuah masjid...

Kereta Koenigsegg Utagera Direka...

Remaja Thailand, Jennarong Muentaweepongsa mempunyai masa depan yang cerah dalam industri rekabentuk kereta....

Leman Raja Lawak Kena...

BEKAS peserta Raja Lawak musim kelima mengaku tidak bersalah di Mahkamah Jenayah Seksual...

Tiada Perubahan Harga Bahan...

PETALING JAYA - Tiada perubahan harga bahan api pada bulan November.Harga petrol RON95...

TPM Tidak Luluskan Teks Ucapan Pelancaran EM-IIG

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri tidak pernah meluluskan teks ucapan yang dibaca pada pelancaran projek jalur lebar berkelajuan tinggi Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia Yang Dipertingkat (EM-IIG) hari ini.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga tidak mewakilkan kepada sesiapa untuk membaca teks ucapan beliau pada majlis tersebut.

Menurut Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah tidak pernah sama sekali berkata bahawa kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada pelaksanaan projek EM-IIG.

“Laporan berita yang memetik ucapan daripada Timbalan Perdana Menteri berkaitan projek EM-IIG yang dibangunkan oleh Xiddig Cellular Communications Sdn. Bhd. adalah tidak benar,” katanya.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri turut memberi amaran kepada semua organisasi supaya tidak menggunakan atau mengedarkan bahan seperti teks ucapan yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri tanpa kebenaran. – BERNAMA

Kategori