MALU… Mungkin kerana kenyataan ‘bodoh’ beliau yang dakwa konon Orang Asli belum diberi taraf warganegara penuh, Lim Kit Siang hari ini ‘disekolahkan’ penduduk Cameron Highlands sendiri!
Kesempatan ‘ajar’ tokoh DAP bertaraf otai itu secara langsung turut menyebabkan netizen pro Pakatan Harapan (PH) malu ulas kicauan beliau menerusi akaun sosial Twitter semalam sehingga tular dikutuk oleh rakyat Malaysia.
Apa tidaknya, Kit Siang dengan biadab mahu kerajaan PH wujudkan pelan tindakan untuk Orang Asli diberi status kerakyatan penuh, walhal etnik itu sudah lama dapat hak kewarganegaraan sejak negara ini merdeka pada 1957.
Berang dengan kicauan celupar Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, sebahagian besar pengunjung sebuah restoran dekat Brinchang di tanah tinggi peranginan popular tersebut apa lagi ambil peluang ‘menyekolahkan’ Kit Siang.
Ini merupakan kali kedua tokoh PH ‘diajar’ secara terbuka selepas tular video calon ‘kitar semula’ dari DAP, M. Manogaran dibidas seorang wanita warga emas di sebuah kedai runcit di Felda Sungai Koyan 1 pada minggu lalu.
Uniknya, giliran Kit Siang berjaya ‘disekolahkan’ oleh beberapa orang lelaki semasa kempen bersempena dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands hari ini turut tular dalam kalangan pengguna media sosial.
Baca: Tolak Calon PH, DAP Buta Fakta Orang Asli
Dan: Isu Orang Asli: Najib Terhibur Gelagat Kit Siang
Menerusi video berdurasi 50 saat itu, Penasihat DAP itu bersama-sama Manogaran telah teruk disindir pengunjung restoran tersebut yang mendakwa kerajaan PH telah tipu rakyat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) tahun lalu.
“Semua (rakyat) kena tipu. Janji tidak boleh makan (dipercayai). Semua kena tipu,” ujar salah seorang pengunjung sambil beberapa individu lain turut bersorak sindir Kit Siang yang cuba lari setelah bersalaman dengan mereka.
Semasa Kit Siang dan Manogaran berjalan keluar dari restoran tersebut, lelaki sama turut mengingatkan mereka bahawa janji-janji manis PH pada PRU lalu pun masih lagi tidak tertunai tetapi masih mahu membuat janji lain.
“Janji pilihan raya lepas pun tidak selesai lagi. Apa lagi mahu janji. Janji kuat, menipu kuat. Pergi tipu orang lain pula,” kata individu berkenaan mengakibatkan ramai pengunjung turut naik semangat kutuk teruk Kit Siang.
Tidak ketinggalan, seorang lelaki lain turut sindir bapa kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu dengan mengatakan bahawa masyarakat Orang Asli sebenarnya telah lama tinggal di negara ini ribuan tahun dahulu lagi.
Kit Siang dalam rakaman video secara amatur itu namun tidak jawab kritikan pengunjung terbabit malah berlari pantas seolah-olah enggan dengar kemarahan rakyat yang bangkit tentang rejim PH. – Agensi/Mynewshub.TV