Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Filem Abang Long Fadil...

SEKALI lagi pihak produksi filem Abang Long Fadil 2 (ALF2) telah membuat laporan polis...

MCA Mula Kenal Pasti...

KUALA LUMPUR - MCA mula mengenal pasti calonnya yang sesuai bertanding pada Pilihan...

Selepas 2018, Tahun 2019...

TEMPOH pemerintahan Pakatan Harapan menjelang tahun 2019 ini akan memasuki fasa kedua, iaitu...

Arahan Solat Hajat: Negara...

KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad bersikap melampau mengarahkan...

Tunku Aminah Kecewa Berita Palsu Rumahtangganya

JOHOR BAHRU – Khabar angin mengenai perkahwinan Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan suaminya, Dennis Muhammad Abdullah yang tersebar dalam media sosial ketika ini adalah tidak benar dan berniat jahat.

Keluarga Diraja Johor berasa kecewa dengan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin berkenaan kehidupan peribadi mereka.

Dalam satu kenyataan kepada Royal Press Office (RPO), Tunku Aminah menyuarakan rasa tidak senang terhadap khabar angin yang disebarkan di media sosial mengenai perkahwinannya serta ‘urusan perniagaan’ yang didakwa dengan produk penjagaan kulit dan pelangsingan.

“Suami saya dan saya gembira, bertentangan dengan apa yang dikatakan khabar angin tersebut.

“Saya juga tidak terlibat dengan mana-mana produk seperti yang ditulis oleh orang-orang tidak bertanggungjawab ini yang menggunakan nama saya untuk mendapat perhatian,” katanya.


Aduan yang dibuat dengan Facebook itu juga tidak mendapat tindakan serta-merta.

Keluarga Diraja Johor berharap tindakan segera akan diambil oleh Facebook itu untuk memadamkan kandungannya yang berniat jahat, selaras dengan ikrar syarikat itu untuk memastikan berita palsu ditangani dengan tegas. – K! ONLINE

Kategori