Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lebih 33,000 Orang Masih...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 33,193 orang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS)...

‘Proton Bukan Kereta Nasional!’...

IPOH - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini kecoh sedikit gara-gara...

Kubur Besar Di Wang...

Hampir seminggu selepas kes penemuan kubur besar di sempadan Malaysia-Thailand didedahkan,  Polis Diraja...

Mahkamah Putuskan Esok Jika...

Esok, bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi akan mengetahui sama ada dia...

Bekas ADUN DAP Didakwa ‘Songlap’ RM33,380

SHAH ALAM – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Datok mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM33,380 bagi program kemasyarakatan, empat tahun lalu.

Tertuduh, Loh Chee Heng, 41, membuat pengakuan tersebut selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Chee Heng yang ketika itu mewakili DAP , didakwa menggunakan dokumen Kelulusan Pengeluaran Peruntukkan dan Kertas Kerja mengenai program Sambutan Hari Guru Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Datok yang mengandungi butiran palsu iaitu permohonan pengeluaran peruntukkan RM13,380 bagi program yang tidak dilaksanakan.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, beliau yang menjadi ADUN sejak 2013 hingga 2018 itu turut didakwa menggunakan dokumen sama mengenai program Pesta Tang Lung Tahun 2015 yang membabitkan permohonan peruntukkan RM20,000.

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di Pejabat Daerah Kuala Langat, Kuala Langat pada 8 Jun dan 23 September 2015.

Justeru, beliau didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 tertakluk mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohamad Suffian Ja’afar memohon tertuduh diikat jamin sebanyak RM50,000 bagi setiap pertuduhan dan pasportnya juga perlu diserahkan kepada pihak mahkamah.

Bagaimanapun, peguam tertuduh, Keppy Wong memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan tersebut memandangkan anak guamnya kini tidak mempunyai pekerjaaan tetap selain terpaksa menyara seorang isteri yang tidak bekerja serta tiga orang anak berusia antara lima hingga 13 tahun.


Mohd. Sabri kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan pasport antarabangsanya juga perlu diserahkan kepada pihak mahkamah.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan 25 Februari depan.

Tertuduh membayar jaminan tersebut.

Kosmo! semalam melaporkan seorang bekas ADUN negeri ini daripada parti DAP ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes tuntutan palsu berjumlah RM30,000.

Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, namun enggan mengulas lanjut. – K! ONLINE

Kategori