UBAH… Pakatan Harapan (PH) sekali lagi buat pusingan U setelah teruk dikutuk umat Islam apabila terpaksa akui dividen Tabung Haji (TH) dibayar selama ini sebagai berstatus halal pula!
Perubahan itu berlaku tidak sampai sebulan setelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa pada 10 Disember tahun lalu dakwa konon TH langgar syarat pembayaran dividen atau disebut hibah.
Namun hari ini, beliau dengan selamba beri jaminan kepada lebih lima juta pendeposit TH bahawa mereka tidak perlu kembalikan semula hibah yang diterima walaupun status halalnya diragui pernah dibangkitkan umat Islam.
Sebaliknya Mujahid mendakwa, penerima hibah itu konon tidak tahu isu penyelewengan berlaku dalam pengurusan institusi kewangan Islam tersebut dan tindakan mereka pulang semula wang hanya akan menimbulkan kesukaran.
“Itu bukan masalah penerima (hibah), tetapi masalah pengurusan. Jadi apa yang kita buat ialah baiki pengurusan itu supaya ikut cara yang betul. Penerima tidak perlu bimbang untuk bayar balik kepada pihak TH,” kata beliau.
Mujahid berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan peruntukan sebanyak RM25 juta di bawah Belanjawan 2019 untuk sekolah pondok berdaftar oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, di Putrajaya hari ini.
Media sebelum ini lapor pemberian hibah TH dari tahun 2014 hingga 2017 bercanggah Akta Lembaga Tabung Haji 1995 sehingga menyebabkan penyata kira-kira konon merekodkan defisit RM4.1 bilion pada 31 Disember 2017 lalu.
Ia sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan pendeposit TH mengenai status halalnya hasil daripada hibah diterima selama tiga tahun sehingga mengakibatkan agensi itu diletakkan pula di bawah Bank Negara Malaysia.
Ramai penganalisis politik melihat isu ini sengaja dibangkitkan PH sebagai dalih untuk buat pengumuman hibah TH rendah pada 2018 ekoran kegagalan urus tadbir oleh kerajaan baharu yang lebih banyak berpolitik sepanjang masa.
Jika kenyataan terbaharu Mujahid itu cuba dijadikan alasan hibah sebagai halal, timbul soalan cepu emas mengenai status ibadah haji lebih 6,000 jemaah tajaan Yayasan 1MDB didakwa PH konon hasil penyelewengan dana awam.
Ini kerana PH turut guna alasan konon terpaksa beku dana akaun yayasan itu yang disyaki dari sumber haram dan menyebabkan kira-kira 1,200 bakal jemaah terbabit gagal ke Tanah Suci pada musim lalu. – Agensi/Mynewshub.TV
*Video sekadar hiasan…