Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

VIDEO: Lelaki Malu Dihakimi...

LUMRAH setiap manusia yang berjumpa dengan rakan-rakan yang telah terpisah setelah sekian lama...

Eksport Getah Asli, Produk...

KUALA LUMPUR – Getah asli dan produk berasaskan getah mencatat prestasi memberangsangkan pada...

50 Tapak Pasar Komuniti...

JOHOR BAHRU - Lima puluh tapak Pasar Komuniti Jauhar akan diwujudkan di seluruh...

Tamrin Ghafar Umum Tidak...

KUALA LUMPUR  - Tun Dr. Mahathir Mohamad berdepan dengan tugas getir untuk menyakinkan penyokong...

UiTM Terus Kekal Untuk Pelajar Bumiputera

KEKAL… Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan tetap mengekalkan dasar kemasukan pelajarnya untuk Bumiputera bagi semua kursus pengajian dan tidak bercadang dibuka kepada kaum lain.

Demikian tegas Naib Canselornya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said sambil menjelaskan bahawa dasar tersebut dilihat masih relevan berikutan keperluan Bumiputera terutama dari kawasan pedalaman yang miskin adalah ramai.

“Sejak ditubuhkan,universiti ini telah berjaya memberikan impak yang besar kepada sosial ekonomi Bumputera dan penyatuan bangsa Malaysia kerana menyumbang kepada ekuiti perpaduan.

“Ekuiti ini adalah penting dalam usaha untuk menyatupadukan bangsa Malaysia dan UiTM kekal relevan ke arah itu dan (sekarang) bukan masanya mengubah dasar tersebut,” kata Hassan hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis tandatangani memorandum persefahaman projek endowmen pembangunan residensi antara UiTM dan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera di Shah Alam.


Isu berkenaan kembali timbul apabila Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr. Arshad Ayub mencadangkan agar kemasukan pelajar ke UiTM dibuka kepada bukan bumiputera, namun hanya tertakluk untuk kursus pengajian pascasiswazah.

Ini bagi jamin keseimbangan persaingan antara pelbagai kaum di negara ini. UiTM ketika ini menawarkan lebih 500 porgram melibatkan 24 fakulti di 13 buah kampusnya di seluruh negara. – Agensi/Mynewshub.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • UiTM

Kategori