Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

1.4 Juta Perlu Lengkapkan...

PUTRAJAYA - Seramai 1.4 juta individu yang telah mendaftar untuk menerima vaksin bawah...

Ibu Tunggal Tinggal Bawah...

TELUK INTAN - Kisah seorang ibu tunggal yang tinggal bawah rumah sejak hampir...

MAS Akan Beri Tumpuan...

TOKYO - Malaysia Airlines (MAS) baharu dijangka menjadi hab penerbangan transit serantau paling...

Tiga Maut, Dua Cedera...

KUANTAN - Tiga remaja maut, manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka...

UMNO Dakwa SPR Tidak Wujud Sebab Ada 1 Ahli

UMNO hari ini mempertikaikan kewujudan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana hanya dikendalikan oleh seorang individu ketika ini iaitu Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun sendiri.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, sedangkan jawatan lain iaitu Timbalan Pengerusi dan lima Ahli SPR masih lagi kosong kerana pelantikan belum lagi dibuat sehingga kini oleh Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, segala keputusan suruhanjaya itu adalah tertakluk di bawah Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu SPR hendaklah terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan lima orang anggota lain.

Beliau berkata, SPR menurut Perlembagaan tidak boleh wujud jika hanya mempunyai komposisi dengan seorang Pengerusi termasuk dalam urusan mesyuarat khas untuk memutuskan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) tertentu.

“Mana mungkin Suruhanjaya ini berfungsi dengan hanya seorang ahli sedangkan Perlembagaan dengan jelas dan secara wajib atau ‘shall’ mesti terdiri dari tujuh orang.

“Perkataan ‘hendaklah’ di dalam Perlembagaan Persekutuan menunjukkan bahawa ia adalah keperluan mandatori. Justeru itu, segala tindakan yang dibuat di bawah nama SPR pada ketika ini boleh dipertikaikan.

“Ia jelas adalah tidak berperlembagaan dan dikhuatiri akan terbatal jika dicabar di mahkamah,” kata Annuar dalam sidang akhbar sempena PRK Parlimen Cameron Highlands di Pahang hari ini.


Utusan Malaysia hari ini siarkan laporan mengenai kelayakan SPR untuk tentukan tarikh PRK kerana hanya Azhar menganggotai senarai ahli SPR manakala lima lagi anggotanya termasuk jawatan Timbalan Pengerusi masih kosong.

Perkara aneh tersebut turut dibangkitkan bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar yang meminta pakar Perlembagaan Persekutuan atau Pejabat Peguam Negara menghuraikan kemelut suruhanjaya itu.

Ini termasuk bagaimana untuk berkompromi dengan undang-undang supaya rakyat jelas kerana keputusan yang dibuat kelak boleh dipertikaikan jika bercanggah dengan Perkara 114. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori