MALUNYA… Undian menerusi akaun sosial Facebook yang dibuat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertajuk ‘Perdana Menteri manakah yang terbaik dalam Malaysia?’ dilihat memakan dirinya.
Ia berlaku apabila bukan sahaja keputusan jelas langsung tidak memihak kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, malahan netizen juga meninggalkan ratusan komen yang kecam teruk Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tersebut.
Segala-galanya bermula pada 11 Januari lalu, apabila Menteri Belia dan Sukan itu bertindak membuat undian atas talian untuk netizen buat pilihan antara Mahathir dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Undian itu setakat ini memaparkan Mahathir yang juga Pengerusi PPBM, sebuah parti kecil serpihan UMNO, cuma meraih 17 peratus undi daripada 29,300 pengundi, berbanding Najib yang mampu peroleh 83 peratus undian.
Namun, rata-rata netizen dilihat menyalahkan pula Syed Saddiq kerana buat undian itu yang menyebabkan, bukan sahaja Mahathir tidak popular, tetapi sesetengahnya meninggalkan komen buruk terhadap kerajaan PH.
Bahkan ada secara terbuka kutuk ketua kerajaan tertua di dunia itu yang kini berusia 93 tahun selain kecam habis pentadbiran lemah PH yang bukan sahaja gagal, tetapi berjaya tipu rakyat marhaen dengan segala janji manis.
Semakan Ismaweb.net juga dapati, rata-rata netizen media sosial turut tinggalkan komen ‘pedas’ di Facebook Syed Saddiq, meminta beliau supaya tidak lagi buat undian kebudak-budakan kerana memalukan dirinya sendiri.
Pada masa yang sama, undian secara maya itu memberi kesan ke atas ‘bossnya’ dan PH yang ketika ini bersaing dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands di Pahang dengan letak calon ‘kitar semula’ dari DAP.
Undian berkenaan yang berakhir sekitar tengah malam tadi menyaksikan lebih 32,300 netizen telah mengundi, selain 680 pengguna media sosial memberi komen dan 875 pula turut berkongsi hantaran Syed Saddiq tersebut.
Tiada penjelasan lanjut daripada Syed Saddiq kenapa beliau membuat undian itu menerusi laman sosial dan buka ruang komen kepada umum sehingga beri kesan kepada PH dalam PRK di kawasan peranginan tanah tinggi itu.
Namun, apa yang pastinya tindakannya mengadakan undian itu tidak mendatangkan apa-apa manfaat untuk rakyat, sebaliknya ia berjaya buka ruang kepada netizen untuk memburuk-burukkan perdana menterinya sendiri.
Netizen turut menegur Syed Saddiq kerana mengadakan undian itu. Antaranya:
Randy How yang berkata: “as a minister,.. won’t u got more important things to do than whoring for attention in social media on nonsense subject??”
Amzari Em Abas X pula berkata: “Sila ambil perhatian isu isu atlet yang memerlukan bantuan kementerian YB. Jangan lupa amanah yang kamu sedang galas. Politik dan selfie letak tepi wahai YB. Majulah Sukan Untuk Negara!”
Ab Jalil Backer berkata: “p*****lah kerja tak buat asyik main media sosial saja. Atlet malaysia habis semua terabai.” – Agensi/Mynewshub.TV