Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

13 Menteri Dan 23...

KUALA LUMPUR: Upacara mengangkat sumpah bagi jawatan yang sedang berlangsung di Istana Negara...

IBR: SPRM Selangor Sedia...

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk bertemu dengan Menteri...

Dun Sabah Bertafakur Seminit...

KOTA KINABALU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini bertafakur selama...

30 Maut Pada Hari...

ISLAMABAD – Rakyat Pakistan keluar mengundi semalam dalam pilihan raya yang mungkin menyaksikan...

Ustazah Hilang: KPM Tunggu Laporan JPN P.Pinang

KUALA TERENGGANU – Kementerian Pendidikan akan menunggu laporan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang berhubung kehilangan seorang ustazah yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Genting di Pulau Pinang pada Isnin lepas.

Menterinya, Maszlee Malik berkata, beliau tidak pasti sama ada kehilangan itu boleh dikaitkan dengan tekanan yang dialami ustazah itu yang dikatakan terpaksa berulang alik sejauh 200 kilometer setiap hari.

“Saya tak pasti, kena lihat laporan JPN dulu. Kita tidak boleh (mendapatkan maklumat) hanya berdasarkan kepada Whatsapp dan Facebook,” katanya selepas program Singgah Cakna Menteri Pendidikan bersama Syukur Khamis Kampung Boy dan warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan kehilangan Nur Farhana Ibrahim, 27, yang disedari suaminya selepas ustazah itu tidak pulang ke rumah mereka di Langgar, Kedah pada petang Isnin seperti kebiasaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan berkata, suami mangsa memaklumkan isterinya itu pernah menerima rawatan kemurungan pada tahun 2014 dan ustazah itu dipercayai mengalami kemurungan berikutan terpaksa berulang alik setiap hari dari Langgar (Alor Setar) ke Balik Pulau (Pulau Pinang) untuk mengajar di sekolah berkenaan. – BERNAMA

Kategori