KISAH penahanan aktress Indonesia Vanessa Angel kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran ‘online’ semakin panas apabila foto bogel didakwa bintang itu tersebar di media sosial.
Baca: 2 Artis Indonesia Disyaki Pelacur Online, Dibayar Hingga Rp80 Juta
Lebih menarik, foto sedang mandi tanpa seurat benang berkenaan didakwa dirakam di Kuala Lumpur.
Peguam beliau, Muhammad Zakir Rasyidin berkata, sebaik anak guamnya ditahan polis Indonesia, foto bogel Vanessa mulai tersebar di media sosial.
“Ada foto dia (Vanessa) sedang mandi tanpa seurat benang. Foto itu diambil dari posisi belakang, jadi ini ada kaitannya dengan kejadian itu.
“Dia menduga memang sudah ada yang merancang dirinya terbabit dalam aktiviti pelacuran dalam talian,” katanya kepada Tribun-Timur.com.
Difahamkan, foto berkenaan diambil teman artis secara sembunyi dan Vanessa menganggap rakan terbabit mahu memerangkap dirinya dalam aktiviti tidak bermoral itu.
Muhamad Zakir berkata, dia bertanya kepada Vanessa mengenai foto bogel sedang mandi yang tersebar di media sosial berkenaan.
Katanya, Vanessa kemudian mengakui ia adalah foto dirinya.
“Foto (bogel) itu diambil di Kuala Lumpur dalam keadaan sedang mandi dengan teman berkenaan selepas selesai program, tapi dia (Vanessa) mendakwa tidak sedar teman terbabit mengambil gambar. Macam ‘candid’,” katanya. – Agensi