Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mohd. Ali Sindir Calon...

MELAKA – “Seorang isteri tidak dijaga, ini nak kahwin dua,” merupakan sindiran Tan...

Belum Ada Pemimpin UMNO...

PUTRAJAYA — Tiada bekas pemimpin UMNO yang menyertai Pakatan Harapan (PH) setakat ini,...

Kerajaan Sedia Cari Semula...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia memulakan semula usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370...

Amelina Solat Istikharah 3...

Nama ratu dangdut yang dahulunya menyepi ini secara tiba-tiba kembali menyinari dunia industri...

Vida Rugi RM100K Barang Jualan Rosak Akibat Ribut

IPOH – Jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman mengalami kerugian kira-kira RM100,000 apabila produk jualannya mengalami kerosakan setelah khemah di gudang penyimpanan barang di Jelapang 2 di sini, roboh akibat ribut yang melanda semalam.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida berkata, semasa kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang, 10 orang pekerja yang berada di khemah tersebut sedang membuat kerja manakala beliau dalam perjalanan ke gudang tersebut.

“Semalam hujan lebat dan tiba-tiba angin kuat sehinggakan khemah di gudang roboh dan menghempap barang jualan.

“Pekerja saya yang berada di khemah sempat menyelamatkan diri, namun barang yang banyak di khemah seperti skincare, produk minuman, tidak dapat diselamatkan dan rosak,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya, beberapa cermin serta bumbung di gudang yang telah beroperasi setahun lebih itu turut mengalami kerosakan kerana terkena besi khemah berkenaan. – BERNAMA

Kategori