Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Model Bogel Page 3...

BEKAS model halaman gadis Page 3 bagi portal The Sun di Britain, Kimberley Miners,...

8 Ular Bersetubuh Di...

SYDNEY - Seorang penduduk di Gold Coast, Australia, terkejut besar apabila menjumpai lapan...

Singapura Harap Isu Maritim...

SINGAPURA - Menteri Kewangan Singapura yang juga bakal Perdana Menteri republik itu telah...

Polis Akan Siasat Nazri...

MENTERI Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz bakal berhadapan siasatan di bawah Akta...

WhatsApp, Instagram, FB Messenger Akan Disatukan

FACEBOOK merancang melakukan penggabungan sistem perkhidmatan pesanan WhatsApp, Instagram dan Facebook Messenger.

Ini bagi membolehkan ketiga-tiga aplikasi tersebut saling terhubung dan penggunanya dapat mengirim pesanan antara satu sama lain.

Dengan cara ini, para pengguna Messenger dapat terus menghantar pesanan dengan pengguna WhatsApp, walau kedua-duanya adalah dua aplikasi yang berbeza.

Begitu juga sebaliknya bagi pengguna WhatsApp dapat terus mengirim pesanan kepada para pengguna aplikasi Messenger dan Instagram.

Aplikasi WhatsApp, Instagram, dan Facebook Messenger bagaimanapun masih berdiri sendiri dan berbentuk stand-alone (terpisah).

Namun, hanya infrastruktur ‘back-end’nya sahaja yang bakal disatukan, sekali gus membuatkan pengguna tidak perlu bimbang.

Perkara ini pertama kali diwartakan oleh The New York Times, yang mendapatkan maklumat bocor dari sejumlah sumber yang terlibat dalam projek ini.

Pengintegrasian itu akan memberikan kawalan yang lebih luas kepada syarikat berkenaan yang ketika ini diserang dengan beberapa skandal pencerobohan data peribadi.


“Kami ingin memberi pengalaman penghantaran pesanan terbaik yang diharapkan dan orang ramai inginkan pengiriman pesanan cepat, sederhana, dipercayai dan privasi,” menurut Facebook dalam satu kenyataan, Sabtu.

Facebook sendiri sebenarnya sudah memulakan integrasi aplikasi yang mereka garap.

Sebagai contoh, jika seorang pengguna Instagram memuat naik gambar di Insta Story, terdapat pilihan agar kandungan itu dapat dikongsi pula ke Facebook Story.

Dengan penggabungan ini, Facebook terus menerajui sistem pesanan dengan mempunyai jumlah pengguna paling besar di dunia iaitu sebanyak 2.6 bilion pengguna.

Rancangan ini dikatakan telah pun bermula dan dijangka siap menjelang suku pertama tahun 2020. – Agensi

Kategori