Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

1,371 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Jangkitan Covid-19 dalam negara mencatatkan 1,371 kes baharu dan empat...

Bot Tempatan Dibebaskan Hasil...

LUMUT - Sebuah bot nelayan tempatan yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Indonesia (APMI)...

Usah Tergesa-Gesa Buat Kesimpulan...

MIRI - Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mahu semua pihak tidak teregsa-gesa membuat...

Azrel Ismail Akui Setahun...

PELAKON Azrel Ismail akhirnya mengakui bahawa dia dan Ruhainies sememangnya sedang bercinta selepas sering...

Wisma Putra Nafi Beri Restu Tidak Rasmi MB Johor

SANGKAL… Wisma Putra menegaskan ia tidak sokong Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian naiki kapal MV Pedoman ke kawasan sempadan perairan Malaysia-Singapura, yang dipertikaikan.

Kenyataan ini dikeluarkan sehari selepas Osman mengaku ada dapatkan ‘restu secara tidak rasmi’ daripada Menteri Luar, Saifuddin Abdullah dan timbalannya sebelum melakukan ‘lawatan tanpa kebenaran’ ke kapal peronda itu.

Dalam kenyataannya, Wisma Putra menyatakan “pihaknya ingin perjelas isu itu” kerana lawatan Osman dibuat sehari selepas Menteri Luar Malaysia dan Singapura adakan pertemuan positif berhubung pertikaian maritim.

Tindakan beliau pada 9 Januari itu menyebabkan Kementerian Luar Singapura bertindak balas dengan hantar nota diplomatik dan tangguh Mesyuarat ke-14 Jawatankuasa Menteri Bersama bagi Iskandar Malaysia pada 14 Januari.

“Sebaik sahaja ia dapat tahu tentang rancangan lawatan Osman, pada pagi hari sama, para pegawai Kementerian Luar, atas nasihat Menteri Luar, dengan segera dan berulang kali menghubungi Pejabat Menteri Besar Johor.

“Wisma Putra memberitahu beliau supaya jangan meneruskan lawatan tersebut,” menurut kenyataan tersebut dan tambah, Kementerian Luar juga bimbang dengan lawatan sebegitu tidak produktif dan beri kesan susulan.


Kenyataan kementerian tersebut menambah: “Apabila akhirnya dapat dihubungi, Menteri Besar sudahpun berada di atas kapal berkenaan dan ia didapati terus menghala ke kawasan cadangan perluasan pelabuhan Johor Bahru.”

Ia juga menyatakan bahawa Malaysia ingin tumpu usahanya kepada kumpulan kerja yang disetujui Singapura untuk ditubuhkan berikutan pertemuan antara dua Menteri Luar pada 8 Januari sebelumnya. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori