MANA janji-janji pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang kononnya tiada lagi lantikan politik dalam agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat milik kerajaan (GLC) atau yayasan berkaitan kerajaan?
Demikian persoalan cepumas dilontarkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kenyataan dalam laman sosial Facebooknya sebagai ulas isu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
āTerkini, hampir semua lantikan baharu Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim yang terdiri daripada ramai pemimpin jawatan empat parti dalam Pakatan Harapan (PH) dari kalangan PAN, PPBM, PKR dan DAP.
āBoleh lihat perbandingan dengan waktu zaman BN dulu, hanya seorang sahaja terlibat aktif politik, itupun atas kapasiti Menteri Agama Sabah, yang lain tokoh akademik, mufti, agamawan dan bekas pegawai kerajaan,ā tegasnya.
Baca:Ā DAP Bakal Kawal Yadim Dalam Misi Hancurkan Islam
Hari ini, satu senarai yang didakwa sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim yang baharu tersebar tersebar tular menerusi media sosial sehingga dikutuk ramai netizen tempatan sebagai tidak wajar ada campur politik.
āMungkin inilah acuan Malaysia Baharu Rahmatan Lil Alamin model Kekanda YB Dr. Mujahid Yusof Rawa,ā sindir Asyraf Wajdi lagi yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Dalam senarai itu calon Pilihan Raya Umum dari PAN, Nik Omar Nik Abdul Aziz didakwa sebagai Yang Dipertua Yadim dan Pengarah Hal Ehwal Syariah PAN, Zolkharnain Abidin pula dilantik jadi Timbalan Yang Dipertua Yadim.
Sepuluh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim juga didakwa terdiri daripada lantikan politik termasuk Ahli Dewan Udangan Negeri Paloh, Sheikh Omar Baghrib Ali iaitu ahli DAP Melayu di Johor. – Agensi/Mynewshub.TV