Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Jadikan Sukan Budaya Ke...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Malaysia menjadikan...

Wanita Tayang Payudara Pada...

AUSTRALIA ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Wanita ini, Karen Davis memang tak tahu malu. Nampak je kenderaan...

Kerajaan Bayar RM25,000 Kepada...

KUALA LUMPUR - Kes saman Maria Chin Abdullah terhadap ketua polis negara dan...

Perkhidmatan Prabayar Cara Baharu...

MIRI - Operator perjudian siber haram di Sarawak kini menukar taktik dengan menyediakan...

2 Dalang Utama Sindiket Penculikan Ditembak Mati

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga asing dipercayai anggota sindiket penculikan warga asing mati ditembak polis dalam satu kejadian tembak-menembak di Taman Mudun, Batu 9, Cheras, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata kejadian 1.35 pagi itu melibatkan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur yang membuat serbuan ke atas sebuah rumah, selepas menerima maklumat berhubung kes penculikan seorang warga asing.

ā€œSuspek-suspek yang ditumpaskan dipercayai sindiket penculikan warga asing yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

ā€œSelain itu, seorang mangsa culik warganegara Bangladesh berusia 30-an telah diselamatkan. Lelaki itu diculik Jumaat lepas di sekitar Sentul.

ā€œPemeriksaan ke atas 2 suspek itu tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri. Polis turut menemui pistol 9mm dan parang yang digunakan suspek,ā€ katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, seorang daripada suspek yang ditembak mati itu dipercayai dalang utama sindiket terbabit dan pihaknya sedang mengenal pasti identiti kedua-dua suspek.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Kategori