Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pesawat Mendarat Cemas Akibat...

SEBUAH pesawat dalam penerbangan dari United Kingdom ke Sepanyol terpaksa melakukan pendaratan cemas...

Kemampuan Negara Diambil Kira...

KUALA LUMPUR - Kemampuan negara antara tiga prinsip utama yang disandarkan Kementerian Pertahanan...

Pahang Bentang Bajet Lebihan...

KUANTAN - Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini membentangkan Bajet 2017...

Ringgit Diunjur 4.14-4.16 Minggu...

KUALA LUMPUR - Ringgit dijangka didagangkan dalam jajaran kecil minggu depan, bergerak dalam...

2 Sungai Utama Bawah Paras Normal

KOTA BHARU: Musim panas yang melanda negara ini menyebabkan dua sungai utama di Kelantan berada bawah paras normal, namun masih terkawal.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Kamal Mustapha, berkata Sungai Kelantan di Pasir Mas kini berada di paras 1.83 meter (m) berbanding bacaan normal 4 m.

Katanya, air Sungai Golok di Pasir Mas pula berada di paras 3.76 m berbanding bacaan normal 5.0 m, manakala air Sungai Golok di Tumpat di paras 0.34m dengan bacaan normal pada 0.7m.

“Walaupun dua sungai utama itu menunjukkan penurunan, namun ia masih dalam keadaan terkawal.

“JPS akan terus memantau paras air sungai di negeri ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya kelmarin memaklumkan negara kini berada pada penghujung Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada hujung bulan depan.


Mengikut kenyataan itu, dalam tempoh berkenaan taburan hujan akan berkurangan di seluruh negara kecuali di barat Sarawak dan ia dijangka beransur reda bermula hujung April 2019 berikutan bermulanya fasa peralihan monsun yang membawa lebih banyak taburan hujan ke seluruh negara.

Mengulas lanjut, Kamal berkata, paras empangan utama di Bukit Kwong, di Rantau Panjang masih berada di paras normal iaitu 16.76 m walaupun cuaca panas kebelakangan ini.

“Bacaan minimum bagi empangan berkenaan 12.20 m dan maksimum 17.72 m. Ini bermakna keadaan cuaca panas di negeri ini tidak dibimbangkan memandangkan ia masih terkawal,” katanya.

Kategori