Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tangguh Dulu Janji Manifesto...

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) membuat jenaka apabila memutuskan untuk menangguhkan sementara beberapa inisiatif...

Mayat Lelaki Myanmar Ditemui...

BUKIT MERTAJAM - Mayat seorang lelaki Myanmar ditemui dengan kesan kelar di leher...

Kerajaan PH Tamatkan 17,000...

PUTRAJAYA - Kerajaan Pakatan Harapan hari ini mengumumkan bahawa seramai 17,000 penjawat awam...

Lelaki Pakai Kostum Gorila,...

SEORANG lelaki memakai kostum gorila dan bersembunyi di bawah tilam semasa dia diburu...

260,000 Migrasi Setahun Penuhi Tenaga Kerja Di Jerman

BERLIN – Jerman memerlukan sekurang-kurangnya 260,000 pendatang baru setiap tahun sehingga 2060 bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja disebabkan kemerosotan demografi, lapor agensi berita China Xinhua memetik satu kajian terbitan Yayasan Bertelsmann pada Selasa.

Daripada jumlah itu, kira-kira 146,000 orang akan berhijrah dari negara di luar Kesatuan Eropah, menurut laporan kajian tersebut.

Kajian itu turut mengambil kira potensi penduduk tempatan.

Para penyelidik menganggap terdapat kadar kelahiran yang lebih tinggi pada masa depan selain lebih ramai golongan wanita dan orang-orang tua dalam pasaran buruh.

Bagaimanapun, keperluan tenaga kerja mahir tidak dapat dipenuhi secara domestik.

Ia juga melihat bagaimana digitalisasi akan menjejaskan keperluan imigrasi.


Pasaran buruh yang semakin didigitalkan memerlukan pekerja yang tidak ramai sebaliknya lebih ramai pekerja mahir dengan kelayakan yang tinggi seperti juruteknik dan ahli akademik.

Jorg Drager, Pengerusi Yayasan Bertelsmann, menyatakan dalam penerbitan kajian itu “Migrasi adalah kunci kejayaan masa depan. Jerman memerlukan pekerja mahir termasuk mereka yang berasal dari wilayah di luar Eropah.” – BERNAMA

Kategori