Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

MH370: Misi Cari Dihenti...

HARI ini genap empat tahun pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang bawa 239...

Tujuh Tidak Boleh Ditayang...

KUALA LUMPUR - Filem terbitan Primeworks Studios, Tujuh, yang bakal menemui penonton negara...

United Tundukkan Arsenal 2-1,...

LONDON - Wayne Rooney mencipta kejayaan manis Manchester United untuk kembali di persada...

Polis Selesai Kes Pecah...

MIRI – Polis Bintulu berjaya menangkap suspek utama kes pecah rumah melibatkan kecurian...

3 Anggota Pengaman PBB Dibunuh Perompak Mali

BAMAKO – Tiga anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Mali dibunuh oleh perompak ketika dalam perjalanan untuk bercuti di sepanjang jalan dari ibu kota Bamako ke negara jiran Guinea, kata sumber.

Serangan pada Jumaat itu adalah bermotifkan rompakan, kata sumber keselamatan Mali, sambil menambah ketiga-tiga mangsa adalah dari Guinea, yang menyumbang sejumlah 900 tentera kepada misi penstabilan PBB di Mali (Minusma) yang mempunyai kekuatan anggota 15,000.

Pada kira-kira pukul 10 malam, ketiga-tiga anggota pengaman itu “yang menyewa sebuah kereta untuk bercuti, diserang sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali di sebatang jalan raya menuju ke Siby,” 44km di barat daya Bamako, menurut kenyataan Minusma.

Seorang orang awam yang memandu kenderaan itu turut cedera, menurut Minusma yang “terkejut dengan pembunuhan bersifat pengecut ke atas 3 anggota Topi Biru.”

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mengutuk serangan ke atas anggota pengaman itu manakala Majlis Keselamatan dalam satu kenyataan “menggesa kerajaan Mali agar segera menyiasat serangan ini dan mengheret pelakunya ke muka pengadilan.”

Misi PBB diwujudkan di Mali selepas militia Islam menawan bahagian utara negara itu pada 2012.

Mereka kemudiannya diusir oleh tentera Perancis pada 2013.


Satu perjanjian damai dimeterai pada 2015 oleh kerajaan Bamako dan kumpulan bersenjata bagi memulihkan kestabilan.

Bagaimanapun, perjanjian itu gagal menghentikan keganasan oleh militan Islam.

Sejak penempatan mereka pada 2013, lebih 190 anggota pengaman terkorban di Mali termasuk hampir 120 orang terbunuh dalam tindakan ganas, yang menjadikan Minusma operasi pengaman paling berbahaya PBB kerana menyumbang lebih separuh daripada jumlah topi biru yang maut di seluruh dunia sejak 5 tahun lepas. – BERNAMA

Kategori