Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Obor-Obor Beracun Muncul Di...

MARANG - Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dan tidak menyentuh obor-obor beracun yang...

Tengku Amir Shah Sertai...

KLANG - Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari...

5 Perkara ini Jangan...

ORANG kata sudah kenyang makan, jangan terus tidur. Lagi-lagi musim raya ni kan.....

Ali Rustam Yakin Peluang...

PARLIMEN Bukit Katil yang diberikan nama baharu Hang Tuah Jaya selepas persempadanan semula...

6 Individu Cedera Diserang Harimau Bintang

SEBUAH kampung di India gempar apabila penduduknya diserang seekor harimau bintang.

Menerusi video yang tular itu, haiwan berkenaan dilihat menerkam penduduk kampung sewaktu ia cuba diusir semula ke kawasan hutan.

Serangan itu menyebabkan enam individu mengalami kecederaan.

Seorang penjaga hutan turut diserang dalam insiden itu, namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kehadiran pihak berkuasa yang cuba memberi ubat pelali kepada haiwan itu menyebabkan ia menjadi agresif dan menyerang beberapa individu di situ.

Orang ramai menyaksikan operasi menangkap haiwan itu.

Sewaktu kejadian, hampir 100 individu berada di situ untuk menyaksikannya.


Pihak berkuasa membuat dua kali percubaan untuk menangkapnya namun gagal.

Di negara itu misalnya, sering dilaporkan pertembungan antara haiwan liar dengan manusia.

Baru-baru ini, seekor gajah diserang oleh penduduk kampung dengan bebola api.

Foto ibu dan anak gajah yang diusir dengan cara kasar itu menerima perhatian ramai yang mempertikaikan perbuatan mereka. – Mirror

Kategori