Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Mohamad Ezam Kini Ahli...

PETALING JAYA : Bekas pemimpin PKR, Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor sah menyertai...

Tanah Runtuh: Kaki Cerun...

HULU SELANGOR – Kaki cerun yang lemah dipercayai punca kejadian runtuhan tanah di...

Video :Cara Membuat Pendingin...

UDARA yang panas kerap menjadi masalah khususnya di kawasan bandar di Bangladesh.Kebanyakan penduduk tidak...

AirAsia India Mula Penerbangan...

NEW DELHI - AirAsia India meluaskan operasinya ke Utara India dengan penerbangan sulung...

Agong Saksi Surau Istana Negara Diisytihar Solat Jumaat

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Surau Utama Istana Negara, di sini.

Keberangkatan tiba baginda pada pukul 1.10 tengah hari diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Hadir sama, Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mu’adzam Sultan Ahmad Shah; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh.

Majlis pengisytiharan Surau Utama Istana Negara untuk solat Jumaat juga diadakan sebelum solat hari ini yang mana akan dilaksanakan secara berterusan selepas ini.

Pengisytiharan itu dilaksanakan menerusi penyerahan watikah pengisytiharan oleh Pengarah Jawi, Ajib Ismail kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz sambil disaksikan Al-Sultan Abdullah.

Khutbah Jumaat bertajuk ‘Masa, Peliharalah’ disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang turut mengimamkan solat.


Dalam khutbah itu, Dr. Zulkifli berkata masa perlu dipelihara kerana ia adalah nikmat berharga dan patut diisi dengan perkara bermanfaat seperti berzikir dan menghadiri majlis ilmu.

Selesai solat Al-Sultan Abdullah berkenaan berangkat ke majlis santapan tengah hari bersama jemaah di Dewan Santapan Utama. – BERNAMA

Kategori